Sabtu, 15 April 2017

AKAN DATANG PERANG MUSUH BISIK SIAM KEDAH



Bismilahirohmanirohim..
Segala pujian bagi Allah SWT yang mentadbir Sekelian Alam ,Alam Nyata ,Alam Ghaib dan Alam-Alam yang tidak diketahui oleh manusia sesunguhnya hanya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Dalam Pengetahuannya .

Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW  Baginda adalah pesuruh Allah dan Nabi yang terahir diutuskan kepada Umat Manusia ,Baginda Rasulullah SAW sebaik-baik manusia yang Mulia , Salam juga kepada seluruh Sahabat Baginda Rasulullah SAW , semuga ALLAH SWT membalas kebaikan mereka dengan ganjaran Syurga Insha...Allah


Kita telah melihat sejarah sebuah Bangsa misteri Melayu setelah kian lama meraja-raja di Asia Tengara ini lah tanah tumpah darah leluhur Nenek Moyang Bangsa Melayu dari seketika bermulanya kehendak ALLAH jua menciptakan Bangsa ini dan Sesunguhnya ALLAH Maha Dalam PengetahuanNya .

Bangsa Melayu adalah Bangsa yang sangat Misteri kewujudan Bangsa ini yang menerima Agama Hindu Sebagai Cara hidup kemudian Kedatangan Agama Budha menjadi Agama Ke-2 dan ALLHAMDULILAH atas kehendak ALLAH SWT jua Bangsa ini menerima Agama yang sagat Mulia yakni Agama Islam .

Dari Raja-Raja dan orang-orang Melayu yang menganut Agama Hindu dan Budha Kedatangan Islam telah melengkapkan kedudukan Bangsa ini dan Bangsa ini telah diMuliakan dan di pertahankan dengan Nyawa,darah,harta benda,pergorbanan demi pengorbanan leluhur Nenek Moyang mempertahankan Pusaka berharga dan tanah air ini demi kelangsungan Bangsa dan Negara Melayu dan Islam .

Setelah Kita Melayu di jajah oleh Bangsa Eropah,Portugis maka tertawan lah pusat Kerajaan Melayu iaitu Melaka maka terjajah Bangsa ini ,kejatuhan Melaka adalah kerana Khianat dari Bangsa sendiri .

Terjajahnya Melaka maka terjajah juga seluruh semenanjung Tanah Melayu dan sejarah-sejarah kegemilangan Bangsa ini dirobek-robek dengan sengaja oleh bangsa penjajah ini mereka merubah,merompak ,menyamun,membakar dan membawa lari segala kitab-kitab sejarah yang menyimpan bukti-bukti kegemilangan Bangsa Melayu tidak cukup dengan itu Bangsa penjajah ini merubah-rubah segala rupa bentuk sejarah-sejarah Kegemilangan Bangsa ini .

Maka setelah dijajah Maka terhenti lah segala kegemilangan pencapaian kerana Raja-Raja Melayu dan Orang-orang Melayu terpaksa lari menyelamatkan diri dan membawa segala harta pusaka yang sekadar termampu saja dan banyak yang terpaksa di buang-buang ditegah Hutan-hutan kerana menjadi beban yang tak mampu dibawa lari bersama .

Dari hari ke hari tahun berganti tahun puluhan tahun kita telah dijajah oleh Penjajah ....Nun di hujung di sebelah Utara Negeri Melayu Kedah , Keturunan Salsilah Merong Maha Wangsa Kini di akan diuji sekali lagi ujian yang akan menentukan Nasib anak Cucu Cicit dan Bangsa Melayu dan Kedaulatan Kesultan Melayu.

Kedaulatan Keturunan Merong Maha Wangsa yang epik sejarah pengorbanan perjuangan Bangsa Melayu ini yang menempa Keseluruhan Tanah Langka Suka ,Sengenting Kra meliputi Wilayah Patani dan Keseluruhan Tanah Thailand Kesultanan Melayu di Chaiya ,Ayuthia ,Burma,Kemboja telah ditakluki oleh Bangsa Melayu leluhur keturunan Pra Ong Maha Wangsa ,Maharaja Durbar-Durbar,Merong Maha Wangsa yang memperlambangkan Burung Geroda Tungangan Dewa Wishnu dan sekaligus Membawa Perlambangan Sri Wijaya Mala atas kehendak ALLAH SWT keturunan ini menerima hidayah Islam semasa pemerintahan Maha Raja Sri Durbar-Durbar Mala Raja iaitu Cicit Maharaja Sri Merong Wangsa atas kehendak ALLAH jua Bangsa ini dimulia disisi ALLAH SWT dari Tanah Mekah yang Mulia Seorang Wali ALLAH bertaraf Sultan Penghulu bagi Sekelian Wali-Wali ALLAH Baginda yang Mulia adalah dari keturunan RASULULLAH SAW seorang Mu-Alim Tokoh Sufi dan Guru Agung Sultan Aulia Sykeh Mahyudin Abdul Qadir Al-Jalaini telah mendapat hidayah pertunjuk dari ALLAH SWT agar mengirimkan Murid-Muridnya seramai 12 Orang Ke Asia tengara bagi memantapkan lagi syiar Agama Islam di Nunsantara 6 dari muridnya telah di hantar ke Jawa,Sumatera ,Filipina dan Seorang Muridnya yang bernama Sykeh Abdullah Al Qumairi di Tugas ke ke Langka Suka ,Kandaram (kedah tua) mereka berjalan dalam lipatan Bumi dengan Karamah Wali yang mereka miliki maka sampailah Sykeh Abdullah Al Qumairi di Negara Garuda yang ketika itu Raja dan Rakyat masih memeluk Agama Hindu Maka di lihatlah oleh Sykeh Abdullah Qumairi segala bentuk kesesatan Raja dan Rakyatnya Baginda Sykeh Qumairi dengan mengunakan Karamah Hilang Halimunan tidak dapat dilihat menuju ke istana Raja setiba Sykeh Qumairi di istana Raja dan Pembesar Negara yang sedang bersantap dan bermabuk-mabukan atas kehendak ALLAH jua Karamah Syekh Qumairi di perlihatkan pada Raja dan Pembesar-pembesar Negara maka menjadi terkejut besarlah Raja dan Pembesar-pembesarnya bagaimana Sykeh Qumairi memasuki Istana sedangkan Istana Raja dikawal oleh hulu balang-hulu balang Raja yang sangat gagah perkasa maka Sykeh Abdullah Qumairi ditangkap dan dipenjarakan tetapi Baginda Raja dihantui perasaan ingin tahu Ilmu Sakti Hikmat apakah yang digunakan oleh Sykeh Abdullah Qumairi memasuki Istana yang ketat Kawalannya bukan setakat ketat kawalan dari zahir luaran sahaja Istana Raja juga telah dijampi dipagar oleh bomoh-bomoh di Raja hari ke hari Baginda Raja dihantui ingin tahu Ilmu yag digunakan oleh Sykeh Abdullah Qumairi maka Raja pun mendekati Sykeh Abdullah Qumairi dan sering bertanyakan ilmu yang ada pada Sykeh hari ke hari Baginda mendengar penerangan dan cerita-cerita tauhid ketuhanan yang satu dari Sykeh sehinga Raja berminat dan ingin mempelajari Ilmu tersebut dari Sykeh maka Sykeh memberi syarat kepada Raja jika ingin mempelajari Ilmu darinya Baginda Raja perlu mengucapkan dua Kalimah Syahadah Baginda bersetuju dan mengucap dua Kalimah Syahadah maka Baginda Raja menjadi anak Murid Sykeh Abdullah Qumairi setelah Raja mempelajari Ilmu-Ilmu Al-Quran yang penuh dengan kebenaran dan kemukjizatan serta kebenaran maka Raja Saran kan kepada Pembesar-pembesarnya agar mengucap dua kalimah Syahadah maka sekelian pembesar Raja Mengucap dua Kalimah Syahadah Sykeh Abdullah Qumairi mendakwah mengajar ilmu-ilmu Islam maka sekian lama kedengaran pada Rakyat Jelata dan sekelian Rakyat Jelata mengucap 2 Kalimah Syahadah Baginda Sykeh Qumairi Menukarkan Nama Raja kepada Nama Islam dengan Nama Sultan Muzafar Shah maka menjadi permai bertambah maju lah Negara Raja Nilai-Nilai Islam disana sini Salam-salam di ucapkan di sana sini Sejahteranya Islam Sykeh Abdullah Qumairi Menukar Nama Negara kepada KEDAH DARUL SALAM membawa maksud Kedah yang AMAN,MAKMUR  dan Banginda Sykeh Qumairi memangil gelar kepada Bangsa ini MALA-U yang membawa maksud di dalam dalam Al-Quran Mala' yang bermakna berkembang-kembang biak memenuhi ruang ini keran cepatnya Agama Islam tersebar pada masa itu .

Gelaran Mala' di dalam Al-Quran membawa maksud satu kedudukan yang sangat tinggi jika diterjemahkan maksud mala itu  seperti tertera dalam Al-Quran  "Malaikat membawa maksud Mala" (Ketinggian)

Sykeh Qumairi Mengarahkan Pembinaan Sebuah Masjid di Kaki Gunung Jerai ketika pembinaan hampir Siap Sykeh Qumairi pun jatuh sakit dan Kembali ke Rahmatullah namun Baginda sempat berpesan berwasiat agar mayatnya di kuburkan berdekatan dengan menara Azan Masjidnya dibina itu sehinga kini bekas pembinaan itu masih ada di Gunung Jerai Kedah dan Makam Sykeh Qumairi di makamkan di padang Tok Sykeh sehinga Kini Masih ada .

Menurut Seorang Ulama dari Pondok Masbahul Salam AL-Alim Alamah Sykeh Mahmud Nasri Othmani Pengasas Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (asli) Malaysia bercerita , Sultan Waliyurllah Sykeh Mahyudin Abdul Qadir Al Jalaini ada melawat makam Sykeh Abdullah Qumairi dan Baginda ada Singah Bersembahyang di Masjid yang di bina di kaki Gunung Jerai dan Sultan Wali Sykeh Mahyudin Abdul Qadir Al-Jalaini juga ada menziarahi Banginda Raja Sultan Muzafar Shah Baginda Sykeh Abdul Qadir Jilaini menganugerahkan kepada Sultan Muzafar Shah Sebagai Sultan Muhyidin Penghidup Agama Islam di mana Baginda Sultan Muzafar Shah adalah ketua bagai Agama Islam di alam Melayu ini bagi mengantikan Sykeh Abdullah Al- Qumairi .



petikan dari sumber : http://malaymujahid.blogspot.my/2013/04/asal-usul-bangsa-melayu.html

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.
Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.
Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu 'Abu' – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou).

Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Canton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China.
Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.
Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara)

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai
AL-MALA-U bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

>>>Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)

b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)

c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)

d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)

e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)

f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

( AHLI JAWI MELAYU - ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM –

Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya
'Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia' dan 'Nurnya Meliputi Alam (Khalifah)'.

Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)

Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran.
Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur”
yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)

Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.

Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu
Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya,
Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah
(Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :

"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."

Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.

( - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)

ZAMAN KEJATUHAN

Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang menjadikan umat manusia rata-rata :

a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),

b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,

c) berfahaman ajaran sesat,

d) salah faham terhadap agama,

e) pergaduhan antara kaum dan agama,

f) pengaruh isme yang membahayakan,

g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.

h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain

Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an

Selain itu, penjajah dipercayai telah banyak melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali. Yang ada pada kita sebenarnya banyak sejarah yang telah diubahsuai dan dipinda untuk mengelirukan kita.

Kini penjajah sudah mempunyai nama baru kepada kumpulan mereka iaitu 'Zionis' dan kuncu-kuncunya (tidak kira nama mereka samada Illuminati, Freemason, Priory, Opus Dei, Bilderberg, Black Nobility dsb dan dalam bentuk apa pun ianya muncul).

~~~MEREKA SANGAT TAKUT KEPADA KEWUJUDAN IMAM AL-MAHADI~~~

Mereka sebenarnya sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan mereka.

Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini (Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak - timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.

TANDA2 KINI BARAT MELABELKAN ISLAM SEBAGAI PENGGANAS (TERRORIST)

Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila penjajah melabelkan pahlawan Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll) sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.

Pelbagai cara kini dilakukan (termasuk menggunakan teknologi) untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam secara halus

KESINAMBUNGAN
Selepas era Tok Kenali, perjuangan memertabatkan "Melayu Islam" dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang

(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER)

Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi "TALQIN DUA KALIMAH SYAHADAH" bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan AQIDAH umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.

Di saat Kemaraan Orag Othaiya (mongolia campuran) sering mengempur Kemboja dan beberapa kawasan tanah kepunyaan orang Melayu mula ditawan dan mereka mula membangunkan kuil-kuil dan patung -patung Budha sehinga lah bangsa ini mendapat gelaran Bangsa Siam yang lebih dikenali sebagai EMPAYAR KESULTANAN KEDAH PASAI MA " SIAM MELAYU     Chaiya dan  Ayyuthia yang merupakan pusat pemerintahan Melayu Siam Islam diperintah oleh Cucu Cicit Sultan Muzafar Shah 1 maka di sinilah bermula sebuah epik peperangan ,perjuangan Bangsa Melayu di mana perjuangan ini akan menentukan titik noktah Nasib anak cucu cicit kelak adakah akan menjadi hamba di tanah sendiri maka bermula lah Era "PERANG MUSUH BISIK KEDAH-SIAM"akan saya siarkan tidak lama lagi .

Khamis, 30 Mac 2017

MENJUAL MICROSOFT OFFICE 2007 (PIRATES) KHUSUS UNTUK PARA PELAJAR YANG TIDAK MAMPU MEMBELI ORIGINAL VERSION







DAPATKAN MICROSOFT OFFICE 2007 RM30.00 SAHAJA..!!!
DISKAUN BAGI PELAJAR JUGA DISEDIAKAN

CARA-CARA SETUP SEMUDAH 4 LANGKAH SAHAJA .
1.ANDA AKAN DIBERI EMAIL LINK
2.MUAT TURUN
3.EXTRACT
4.SIAP



CARA-CARA UNTUK ORDER
1.KOMEN DI KOMENTAR "Saya Mahu Office 2007 "  (alamat email anda .......)
2CHECK INBOX EMAIL ANDA
3.(BUAT BAYARAN) Diskaun bagi Pelajar"
4.DOWNLOAD DARI EMAIL ANDA
5.EXTRACT
6.SIAP


Ahad, 5 Mac 2017

9 Pertempuran Dahsyat yang Melibatkan Alexander Agung

Pertama-tama Aleksander berperang melawan Kekaisaran Persia yang dipimpin oleh Darius III, kemudian melawan suku-suku di India sampai sejauh Punjabi. Aleksander adalah salah satu komandan militer paling sukses sepanjang masa dan dipercaya tidak pernah terkalahkan dalam pertempuran. Ketika dia meinggal dunia, dia telah menaklukan sebagian besa dunia yang diketahui oleh orang Yunani kuno.

Aleksander menjadi raja Makedonia setelah kematian ayahnya, Filipus II, yang telah menaklukan sebagian besar negara kota di daratan utama Yunani di bawah hegemoni Makedonia dalam sebuah federasi yang disebut Liga Korinthos. Setelah mengamankan kedaulatan Makedonia dengan menghentikan pemberontakan di Yunani selatan dan melakukan kampanye militer yang pendek namun berdarah melawan tetangga-tetangga Makedonia di utara, Aleksander bergerak ke timur menyerang Kekaisaran Persia Akhemeniyah, yang dipimpin oleh Raja Darius III, yang pada akhirnya berhasil dikalahkan oleh Aleksander. Daerah-daerah yang ditaklukan oleh Aleksander meliputi Anatolia, Suriah, Punisia, Yudea, Gaza, Mesir, Baktria dan Mesopotamia. Dia juga memperluas kekaisarannya sampai sejauh Punjabi di India.

Sebelum meninggal, Aleksander telah membuat rencana ekspansi militer dan perdagangan ke Jazirah Arab, setelahnya dia berniat menyerang ke barat ke Kartago, Romawi, dan Semenanjung Iberia. Akan tetapi, Diadokhoi, para penerus Aleksander, mengabaikan rencana-rencana tersebut. Sebaliknya, beberapa tahun setelah Aleksander wafat, para Diadokhoi malah saling berperang satu sama lain, dan mengakibatkan kekaisaran Aleksander terpecah menjadi beberapa kerajaan, yang terlibat dalam peperangan selama 40 tahun. Berikut adalah sembilan pertempuran dahsyat yang melibatkan Aleksander Agung.


1. Pertempuran Granikos - 334 SM
Pertempuran Sungai Granikos adalah pertempuran yang berlangsung pada bulan Mei tahun 334 SM (Sebelum Masehi) dan merupakan pertempuran besar pertama dan tiga pertempuran besar antara Aleksander Agung melawan Kekaisaran Persia. Terjadi di Asia Minor barat daya, di dekat situs Troya, di sinilah Aleksander mengalahkan pasukan satrap Persia di Asia Minor, termasuk sejumlah besar tentara bayaran dari Yunani yang dipimpin oleh Memnon dari Rodos.

Pertempuran terjadi di jalan dari Abydos ke Daskylium (dekat Ergili, Turki modern), di Sungai Granikos (Biga Çayı modern).

2. Pengepungan Miletos - 334 SM
Pengepungan Miletos adalah konflik naval pertama antara Aleksander Agung melawan Kekaisaran Akhemeniyah. Pengepungan kecil ini ditujukan terhadap para penghuni Miletos, sebuah kota di Ionia selatan, di Karia, yang kini terletak di provinsi Anatolia di Turki modern. Kota ini ditaklukan oleh putra Parmenion, Nikanor pada tahun 334 SM.

3. Pengepungan Halikarnassos - 334 SM
engepungan Halikarnassos adalah konflik antara Aleksander Agung melawan Kekaisaran Persia Akhemeniyah pada tahun 334 SM. Aleksander, yang tidak memiliki angkatan laut, terus-menerus terancam oleh angkatan laut Persia. Kapal-kapal perang Persia berusaha menyerang Aleksander, yang tidak memiliki satu kapal perang pun. Pada akhirnya, armada Persia berlayar ke Halikarnassos untuk menstabilkan pertahanan baru. Sementara itu, Ada dari Karia, mantan ratu Halikarnassos, digulingkan dari tahtanya oleh suatu pemberontakan. Darius lalu menunjuk Orontobates sebagai satrap di Karia, yang meliputi Halikarnassos dalam yuridiksinya. Ketika Aleksander mendatangi Halikarnassos pada tahun 334 SM, Ada, yang mengendalikan benteng Alinda, menyerahkan benteng itu pada Aleksander.


4. Pertempuran Issos - 333 SM
Pertempuran Issos adalah pertempuran yang terjadi di Anatolia selatan pada bulan November tahun 333 SM. Dalam pertempuran ini, pasukan Aleksander Agung dari Makedonia berhasil mengalahkan pasukan Darius III dari Kekaisaran Akhemeniyah.

Setelah pasukan Aleksander berhasil menyeberangi Hellespont (Dardanelles) dan mengalahkan satrap-satrap Persia yang dipimpin oleh tentara bayaran Yunani, Memnon dari Rodos, dalam Pertempuran Granikos yang terjadi sebelumnya, Darius secara langsung memimpin pasukan untuk menghadapi Aleksander. Dia mengumpulkan tentara dari penjuru kekaisaran dan bermanuver untuk memotong garis suplai Makedonia, memaksa Aleksander untuk melawan balik pasukan Persia. Pertempuran berlangsung di dekat mulut Sungai Pinaros dan sebelah selatan desa Issos.


5. Pengepungan Tyre - 332 SM
Pengepungan Tyre adalah pengepungan terhadap kota Tyre, sebuah basis pantai strategis di Laut Tengah. Pengepungan ini dilaksanakan oleh pasukan Aleksander Agung pada tahun 332 SM dalam kampanyenya melawan Kekaisaran Akhemeniyah (Persia). Pasukan Makedonia tidak meampu menaklukan kota itu dengan cara biasa karena kota itu terletak di sebuah pulau dan memiliki dinding sampai ke laut. Jadi Aleksander memblokade dan mengepung Tyre selama tujuh bulan.

Aleksander Agung memerintahka para insinyurnya untuk memanfaatkan reruntuhan kota kuno dan membangung jalan untuk mencapai dinding kota Tyre. Aleksander lalu mengerahkan mesin kepungnya untuk menyerang dari jalan yang telah dibuat itu dan juga memerintahkan kapal-kapal perangnya untuk menyerang lewat laut. Akhirnya pertahanan Tyre bisa ditembus oleh Aleksander. Dikatakan bahwa Aleksander sangat marah karena pengepungan Tyre ini menghabiskan banyak waktu dan prajuritnya. Dia pun menghancurkan setengah kota Tyre. Menurut Arrianus, Tyre kehilangan 8.000 prajurit sedangkan Makedonia kehilangan 400 prajurit. Aleksander mengampuni keluarga pemimpin kota itu namun 30.000 penduduk Tyre tidak luput dari murka Aleksander. Mereka dijadikan budak

6. Pengepungan Gaza - 332 SM
Dalam Pengepungan Gaza, Aleksander Agung, dengan cara memanfaatkan mesin-mesin perang yang dia gunakan melawan Tyre, sukses mencapai tembok pertahannya. Setelah tiga kali menyerang dan gagal, benteng di Gaza berhasil direbut oleh Aleksander. Dalam pengepungan ini Aleksander terluka bahunya oleh sebuah panah, selain itu kakinya juga terluka. Bentengnya dibangun di atas bukit dan pertahanannya sangat kuat. ketika Aleksander mendekati Mesir, penduduk Gaza dan sekutu-sekutu Nabatea mereka tidak ingin kehilangan perdagangan yang menguntungkan yang dikendalikan oleh Gaza. Batis, komandan benteng Gaza, menolak menyerah pada Aleksander. Ketika Gaza ditakulkan, seluruh penduduk prianya dibunuh sedangkan penduduk wanita dan anak-anaknya dijadikan budak.

Berdasarkan sejarawan Romawi Quintus Curtius Rufus, Batis dibunuh oleh Aleksander seperti ketika Akhilles membunuh Hektor. Kaki Batis diikat dengan tali dan jasadnya diseret dengan kereta perang. Aleksander melakukannya karena merasa marah akibat penolakan Batis untuk berlutut dan perilaku Batis yang merendahkan.


7. Pertempuran Gaugamela - 331 SM
Pertempuran Gaugamela (pengucapan /ˌgɔːgəˈmiːlə/) (Γαυγάμηλα) terjadi di Mesopotamia pada tahun 331 SM antara Aleksander Agung dari Makedonia dan Darius III dari Persia. Pertempuran berlangsung di dekat sebuah bukit berbentuk punuk unta, nama etimologi: Tel Gomel atau Tel Gahmal, yang diterjemahkan sebagai "Gunung Unta" dalam bahasa Ibrani, terjemahan lainnya "Kandang Unta" (Plutarch: "Rumah Unta"). Pertempuran dimenangkan oleh Makedonia.

8. Pertempuran Gerbang Persia - 330 SM
Pertempuran Gerbang Persia adalah konflik militer antara Aleksander Agung melawan Kekaisaran Akhemeniyah yang berlangsung di Gerbang Persia. Pasukan Akhemeniyah dikomandani oleh satrap Persis, Ariobarzanes, sedangkan pasukan Makedonia yang menyerang dipimpin oleh Aleksander Agung. Pada musim dingin tahun 330 SM, Ariobarzanes memimpin perlawanan terakhir dari militer Persia dalam menghadapi pasukan Aleksander. Pada akhirnya pasukan Aleksander berhasil menemukan jalan menuju garis belakang pasukan Persia berkat informasi dari tawanan perang.


9. Pertempuran Sungai Hydaspes - 326 SM
Pertempuran Sungai Hydaspes adalah pertempuran antara Aleksander yang Agung melawan Raja Puru pada 326 SM di tepian Sungai Hydaspes (Jhelum) di daerah Punjab dekat Bhera (Pakistan modern). Kerajaan Paurava yang dipimpin oleh Raja Puru terletak di Punja. Pertempuran ini adalah pertempuran besar terakhir yang dilakukan oleh Aleksander. Raja Puru dan pasukannya melawan pasukan Aleksander dengan sengit dan keras. Aleksander bahkan merasa kagum pada pasukan Raja Puru yang gagah berani.

Meskipun menang, pasukan Aleksander menjadi sangat kelelahan. Mereka pun menolak untuk pergi lebih jauh lagi di India. Akhirnya, setelah menaklukan beberapa klan India di sekitar sungai Indus dan mendirikan kota-kota yang akan berfungsi sebagai pos terdepan serta pusat perdagangan, Aleksander kembali ke Babilonia.


Dipetik dari Sumber :http://warofweekly.blogspot.my

Salsilah Keturunan Melayu Purba

Versi Sheelabear







Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu

Sabtu, 25 Februari 2017

SULALATUS SALATIN-54


Image result for hukuman bunuh raja melayu purba


Akibat Tiada Menyembah ke Melaka

 Alkisah maka tersebut lah perkataan Kampar, Maharaja Jaya nama rajanya, Pekan Tua negerinya, asalnya daripada raja Minangkabau; tiada ia menyembah ke Melaka, Maka Sultan Mansur Syah menitahkan Seri Nara Diraja menyerang Kampar. Maka Seri Nara Diraja pun berlengkaplah. Setelah sudah lengkap, maka Seri Nara Diraja pun pergilah bersama-sama dengan Sang Setia, dan Sang Naya, dan Sang Guna dan segala hulubalang sekalian; Khoja Baba pun pergi mengiringkan Seri Nara Diraja.

Setelah datang ke Kampar, maka dipersembahkan orang kepada Maharaja Jaya, mengatakan: "Orang Melaka datang menyerang kita." Setelah Maharaja Jaya mendengar khabar Seri Nara Diraja datang menyerang dia itu, maka Maharaja Jaya memberi titah kepada mangkubuminya, Tun Demang namanya, suruh mengampungkan rakyat Kampar. Maka Tun Demang pun keluarlah mengampungkan segala rakyat dan berhadir segala kelengkapan perang. Setelah itu maka Seri Nara Diraja pun datanglah. Maka segala orang Melaka pun naiklah ke darat, lalu dikeluari oleh Maharaja Jaya dengan ke­naikan gajah, dan Tun Demang di bawah gajah, Senjatanya lembing. Maka bertemulah orang Melaka dengan orang Kampar, lalu berperang terlalu ramai; ada yang.bertikamkan.lem­bing, ada yang bertetakkan pedang dan cipan, ada yang ber­panah-panahan. Maka daripada kedua pihak rakyat pun ba­nyaklah matinya, dan darah yang mengalir di bumi. Adapun perang itu seperti dalam hikayat. Daripada sangat tempuh orang Melaka, maka orang Kampar pun undur.

Setelah dilihat oleh Maharaja Jaya, lalu ditempuhkannya gajahnya pada orang Melaka, bersama-sama dengan Tun Demang. Barang di mana ditempuhnya, mayat berkaparan di medan, dan darah mengalir di bumi. Maka segala orang Melaka pun habis lari lalu ke air, melainkan Seri Nara Diraja dan Khoja Baba yang lagi berdiri, tiada bergerak daripada tempatnya. Maka Maharaja Jaya dan Tun Demang pun datanglah bersama-sama dengan segala orang Kampar yang banyak itu; rupa Senjata seperti hujan mencurah datangnya ke hala Seri Nara Diraja dan Khoja Baba. Maka kata Seri Nara Diraja pada Maharaja Jaya, seraya menimang lembingnya, "Tuanku, tanah sedikit ini hendak sinda pohonkan, jikalau digagahi juga, hendak diambil; lembing anugerah paduka kakanda ini sinda persembahkan di dada."

Maka oleh Tun Demang, ditikamnya Khoja Baba dengan lembingnya, kena rusuknya, tetapi menyisip. Maka oleh Kho­ja Baba diuraikannya Tengkoloknya; maka katanya pada Seri Nara Diraja, "Orang Kaya, beta luka!" Maka dibebat oleh Seri Nara Diraja. Akan Khoja Baba Senjatanya panah perisai; maka dipanahnya kena pelipisan Tun Demang terus menye­belah. Maka Tun Demang pun tersungkur di bawah gajah Maharaja Jaya. Maka kata Khoja Baba, "Apa rasa Tun De­mang?" Setelah Maharaja Jaya melihat Tun Demang mati, maka baginda pun terlalu marah, segera menampilkan gajah­nya mengusir Seri Nara Diraja. Maka oleh Seri Nara Diraja, ditikamnya dengan lembing yang ditangannya itu, kena dada Maharaja Jaya, terus ke belakangnya, lalu jatuh dari atas gajahnya ke tanah; maka Maharaja Jaya pun matilah. Setelah orang Kampar melihat Maharaja Jaya dan Tun Demang sudah mati itu, maka sekaliannya pun pecahlah, lalu lari, Maka diperikut oleh orang Melaka, dibunuhnya, lalu di­masukinya ke dalam kota sekali.

Maka orang Melaka pun merampaslah, terlalu banyak beroleh rampasan, dan kota itu, pun dibakarnya sekali. Setelah itu maka Seri Nara Diraja pun kembalilah dengan kemenangannya; gajah Maharaja Jaya itu pun dibawanya juga. Berapa lamanya sampailah ke Melaka. Maka Seri Nara Diraja dengan segala hulubalang pun masuk­lah mengadap Sultan Mansur Syah; baginda pun terlalulah sukacita mendengar negeri Kampar alah itu. Baginda memberi persalinan akan Seri Nara Diraja, dan Sang Setia, dan Sang Guna, dan Sang Naya masing-masing pada kadarnya.

Maka akan Khoja Baba digelar Akhtiar Muluk, dialah beranakkan bapa Khoja Bulan, Khoja Bulan beranakkan Khoja Muhammad Syam, bapa Khoja Umar dan Khoja Buang, dan Bi Jaban duduk dengan Paduka Seri Indera Tun Mat, beranakkan Tun Kitam dan Tun Mariam dan Tun Kecik; akan Tun Mariam duduk dengan Seri Akar Raja yang bernama Tun Utusan, cucu Seri Pikrama Raja Tun Tahir, maka Paduka Megat beranak dua orang perempuan, Tun Cembul seorang namanya, duduk dengan Seri Asmara Tun Hitam, beranakkan Tun Jamal dan Tun Muhammad dan Tun Kala pun namanya, duduk dengan Tun Gombak, anak Datuk Sekudai; seorang lagi yang perempuan Tun Putih namanya, duduk dengan Tun Anum, anak Datuk Paduka Tuan, bergelar Seri Bija Wangsa, yang lelaki bernama Tun Pandak; seorang lagi anak Paduka Megat dengan Tun Mariam, Tun Kaca namanya, duduk dengan Tun Pahlawan, beranakkan Tun Jemaat dan Tun Tipah. Ada­pun Tun Kuni anak Paduka Seri Indera, Tun Amat, duduk dengan Tun Pua, anak Paduka Seri Raja Muda bernama Tun Hussain, beranakkan Tun Sulong, duduk dengan Megat Isak, beranakkan Megat Dagang dan Megat Kelang, bergelar Paduka Megat.
Akan Akhtiar Muluk, dianugerahi pedang, disuruh berdiri di ketapakan balai, sama-sama dengan bentara yang banyak. Maka Kampar itu diserahkan pada Seri Nara Diraja; maka Seri Nara Dirajalah yang pertama meletakkan di Kampar itu Adipati.

SULALATUS SALATIN-53


Image result for istana melaka terbakar
Ramalan Bendahara Paduka Raja

Hatta berapa lamanya maka Seri Nara Diraja pun sakit; *Dalam naskhah-naskhah Shellabear dan Abdullah ditegaskan bahawa alat-alat kerajaan Nila Utama turut terbakar.  setelah diketahuinyalah dirinya akan mati, maka disuruhnya panggil Bendahara Paduka Raja. Setelah Bendahara datang, maka kata Seri Nara Diraja pada Bendahara, "Adapun adik , sakit beta sekali ini sahaja ajal beta rasanya; akan anak beta budak-budak belaka, pertama kepada Allah Taala beta serah­kan, kemudian kepada adiklah. Tambahan ia pun sedia anak adik. Suatu pun tiada pusaka beta tinggalkan akan dia, me­lainkan hanyalah emas lima buah candu peti, dua-dua orang membawa dia pada satu; kerana ia pun lima bersaudara, se­kaliannya itu perintah adiklah."
Setelah itu maka Seri Nara Diraja pun kembalilah ke rahmat Allah Taala, Maka Sultan Mansur Syah pun datang menanamkan Seri Nara Diraja, di­anugerahi payung, gendang, serunai, nafiri, nagara. Setelah sudah ditanamkan maka raja pun kembalilah ke istana bagin­da dengan dukacitanya ak an Seri Nara Diraja. Maka anak Seri Nara Diraja semuanya diam pada Bendahara Paduka Raja.

Maka pada suatu malam Bendahara turun hendak sem­bahyang subuh, maka dilihat oleh Bendahara betul pada kepala Tun Mutahir bercahaya menerus ke langit. Maka di­Hampiri oleh Bendahara, dilihatnya Tun Mutahir. Maka dengan sekejap juga cahaya itu pun padamlah. Maka kata Bendahara akan Tun Mutahir, “Budak ini kelak menjadi Orang Besar- besar. Daripada Hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tiada kekal. “Maka oleh Bendahara segala candu peti yang ditinggalkan Seri Nara Diraja akan anaknya itu dituanginya timah, supaya jangan dapat dibuka orang lagi. Maka makan pakai Tun Mutahir Tun Tahir pada Bendahara Paduka Raja. Ada seorang lagi anak Seri Nara Diraja, Tun Abdullah namanya, lain bondanya, terlalu olahan. Jika ia membuang kuku tiga hari maka sudah. Jika berkuda pada baying-bayang panas, berpenanak membaiki diri. Jika pada pakaian, tewas Tun Tahir dan Tun Mutahir oleh Tun Abdullah, kerana bondanya ada.

Hatta berapa lamanya, Tun Tahir dan Tun Mutahir pun besarlah; akil balighlah ia, tahu lah ia berkehendak hati Sendiri. Maka Tun Tahir dan Tun Mutahir pun datang kepada Benda­hara Paduka Raja, sembah Tun Tahir dan Tun Mutahir pada Bendahara Paduka Raja, "Tunku , akan sekarang sahaya semua sudah besarlah, orang pun adalah datang kepada sahaya, dan sahaya pun hendak bermain, bergurau dengan segala sahabat  handai sahaya; perjamu apa yang sahaya perjamukan? Hen­dak sahaya beri makan sirih, apa yang sahaya belikan? Hen­dak pun sahaya mencari, dengan apa yang sahaya carikan? Sahaya dengar ada bapa sahaya meninggalkan sahaya emas sebuah candu peti seorang, jikalau ada ampun kurnia datuk, hendak sahaya pohonkan; hendak sahaya suruh carikan."

Image result for istana melaka terbakar

Maka sahut Bendahara, "Sungguh ada bapamu meninggalkan engkau emas sebuah candu peti seorang, akan emas itu emasku, tiada kuberikan kepadamu. Jikalau engkau hendak mencari biarlah kupinjamkan emas· orang, barang sepuluh tahil seorang," Maka sembah Tun Tahir dan Tun Mutahir, "Baiklah tunku, yang mana sabda datuk tiada sahaya lalui." Maka oleh Bendahara diberinya Tun Tahir dan Tun Mutahir emas sepuluh tahil seorang. Maka oleh Tun Tahir dan Tun Mutahir diambilnya emas itu, dikirimkannya pada orang mencari. Setelah setahun antaranya, maka Tun Tahir dan Tun Mutahir pun datang pada Bendahara, persembahkan emas yang sepuluh tahil seorang itu. Maka kataBendahara, "Emas apa ini?" Maka sembah Tun Tahir dan Tun Mutahir, "Emas yang tunku pinjamkan pada sahaya itu." Maka kata Bendahara, "Ada berapa engkau beroleh labanya?" maka sembah Tun Tahir dan Tun Mutahir, "Adalah sahaya tebuskan dengan seorang; lain dan itu sahaya belanjakan."
Maka kata Bendahara, "Panggil penghulu dengan si Tahir dan si Mutahir." Maka keduanya datang. Maka sabda Bendahara Paduka Raja pada penghulu dengan Tun Tahir, "Mana surat daftar dengan si Tahir?" Maka sembahnya, "Ada tunku," maka dipersembahkannya surat itu, maka dibaca oleh Bendahara. Maka kata Bendahara Paduka Raja, "Siapa nama dengan yang baharu ditebus itu?" Maka sembah penghulu dengan itu "Si Datang tunku, namanya." Maka sabda Bendahara, "Ini bukan ada nama si Datang." Maka sembah penghulu dengan .itu, "Si Datang lama lain, tunku, Si Datang baharu lain."

Maka sabda Bendahara Paduka Raja, "Panggil keduanya, bawa ke mari." Maka keduanya pun datanglah. Maka sabda Bendahara, "Mana si Datang baharu, yang mana si Datang lama?" Maka sembah penghulu dengan, "Itu si Datang lama, yang ini si Datang baharu, tunku." Maka sabda Bendahara pada penghulu dengan, Tun Mutahir, "Siapa nama dengan yang baharu ditebus itu?" Maka sembah penghulu dengan, "Itu si Lamat, tunku, namanya." Maka sabda Bendahara, "Yang mana rupanya si Lamat itu?" Maka sembah penghulu dengan itu, "Ini si Lamat lama, yang ini si Lamat baru tunku." Maka sabda Bendahara Paduka Raja, "Baiklah, taruh olehmu baik-baik. " Maka kata Bendahara pada Tun Tahir dan Tun Mutahir, "Mengapa tah engkau pulangkan emas ini, kerana emas ini emasku, ambillah akan engkau, dan emas yang dua buah can­du peti itu pun aku pulangkanlah kepadamu.
Maka Tun Tahir dan Tun Mutahir pun kembalilah ke rumahnya, membawa emas dua buah candu peti itu, maka kedua-duanya menyuruh mencari. Adapun akan Tun Mutahir selamanya ia menyuruh men­cari itu, tiada pernah rosak, maka ia menyuruh belayar juga. Setelah besarlah ketiganya maka Tun Tahir dijadikan oleh Sultan Mansur Syah Penghulu Bendahari menggantikan ayah­nya, bergelar Seri Nara Diraja juga; dan Tun Mutahir dijadi­kan Temenggung, bergelar Seri Maharaja, dan Tun Abdullah bergelar Seri Nara Wangsa. Wallahu a'lamu bis-sawab wa ilaihil-m.arii'u ical-ma'ab



SULALATUS SALATIN-52

Image result for istana melaka terbakar


Istana Sultan Mansur Syah Terbakar

Hampirlah akan sudah istana itu, maka Sultan Mansur Syah pun berangkatlah ke istana itu hendak melihat dia. Maka raja pun berjalanlah dalam istana itu, maka segala Hamba raja berjalan dari bawah istana.
 Maka Sultan Mansur Syah pun berkenan melihat perbuatan istana itu, maka baginda lalu pergi ke penanggahan. Maka dilihat oleh Sultan Mansur Syah satu rasuk penanggahan itu putih lagi kecil; maka titah baginda, "Apa rasuk itu?" Maka  sembah segala raja raja itu, "Ibul, tuanku." Maka titah Sultan Mansur Syah, "Hendak bangat gerangan Bendahara." Setelah itu maka baginda pun kembalilah; tatkala itu Tun Indera Segara mengiring baginda. Adapun akan Tun Indera Segara itulah asal sida-sida, ma­ka Tun Indera Segara pergi memberitahu Bendahara mengata­kan Yang Dipertuan murka oleh rasuk itu kecil. Setelah didengar Bendahara kata Tun Indera Segara itu, maka Bendahara pun segera menyuruh beramu rasuk kulim, sehasta lebamya dan sejengkal tebalnya.

Maka dengan sesaat itu juga datanglah rasuk itu dibawa orang; maka Bendahara telah Sendirinya pergi ke penanggahan mengenakan rasuk itu. Maka bunyi orang bekerja itu kedengaran pada Sultan Mansur Syah, maka baginda bertanya, "Mengapa maka orang riuh itu?" Maka sembah Tun Indera Segara, "Bendahara tuanku, mengganti rasuk yang kecil tadi Sendirinya; Bendahara memahat mengenakan dia." Maka Sultan Mansur Syah segera menyuruh membawa persalin akan Bendahara dengan selengkapnya.
Maka pada zaman itu Tun Indera Segara dinamai orang Syah­mura. Maka istana itu pun sudah, maka Sultan Mansur Syah menganugerahi persalin akan segala orang yang bekerja itu. Setelah itu maka Sultan Mansur Syah pun pindahlah ke istana yang baharu itu.

Hatta tidak berapa lamanya, maka dengan takdir Allah Taala mahligai itu pun terbakarlah. Tiba-tiba di atas kemuncaknya api; tiadalah sempat lagi. Maka baginda dengan Raja Perempuan serta dayang-dayang sekaliannya habis turun ke istana lain; suatu pun harta raja tidak terbawa, sekaliannya tinggal dalam istana itu. Maka orang pun datang terlalu banyak hendak berbela api itu, tiada terbela lagi. Maka harta dalam istana itulah yang diperlepas orang; tetapi timah atap istana itu hancur, cucurlah turun seperti hujan yang lebat. Maka seorang pun tiada berani masuk mengambil harta, maka Ben­dahara hadir berdiri menghadapi segala orang berlepas harta raja.

Maka segala anak tuan-tuan pun berebutlah masuk ber­bela segala harta raja yang dalam istana itu; tatkala itulah segala anak tuan-tuan itu banyak jadi gelaran. Orang yang pertama-tama masuk itu Tun Isap namanya, ialah menghulu­-hulu orang masuk dengan pekis geramnya. Maka dibawanya  harta raja itu keluar; tetapi sekali sahaja, sudah itu tiadalah masuk lagi, maka dinamai orang Tun Isap Berakah. Adapun Tun Mayuddin hendak masuk takut akan romanya hangus, kerana tubuhnya berbulu belaka, maka dinamai orang Tun Mai Ulatbulu; dan akan Tun Ibrahlm hendak masuk takut, kadar berjalan keliling istana juga, maka dinamai orang Tun Ibrahlm Pusing Langit Berkeliling; dan akan Tun Muhammad, sekali-sekali ia masuk, kira-kira bawakan dua tiga orang di­bawanya, maka dinamai orang Tun Muhammad Unta. Adapun akan Hang Isa, orang sekali masuk membawa, ia dua tiga kali masuk keluar, maka dinamai orang Hang Isa Pantas. Maka segala harta yang dalam istana itu pun habislah lepas, tiada berapa yang terbakar.

*Maka mahligai itu pun habislah hangus; maka api itu pun padamlah. Maka Sultan Mansur Syah pun memberi anugerah akan segala anak tuan-tuan itu, masing-masing pada kadamya. Yang patut bersalin dianugerahi persalin, yang patut berselat dianugerahi selat, yang patut bergelar digelar baginda.
Maka Sultan Mansur Syah pun memberi titah pada Ben­dahara menyuruh berbuat istana dan balairung. Dalam sebulan itu juga dikehendaki sudah. Maka Bendahara pun mengerah­kan orang membuat istana dan balairung. Orang Ungaran ber­buat istana besar, orang Sugal sebuah istana, dan orang Buru sebuah istana, dan orang Suir sebuah istana, dan orang Pancur Sempung membuat balairung, orang Sudir membuat balai penghadapan, dan orang Merba membuat penanggahan, dan orang Sawang membuat balai jawatan di sisi balairung, orang Kundur membuat balai apit pintu keduanya, dan orang Suntai berbuat balai kendi, orang Melai berbuat pemandian, orang Upang berbuat bangsal gajah, orang Tungkal membuat masjid, orang Bintan membuat pagar istana, orang Muar membuat kota wang.

Adapun istana itu baik pula daripada dahulu. Setelah sudah sekaliannya, maka Sultan Mansur Syah. pun diamlah di istana baharu itu kararlah selama-lamanya,