Sabtu, 15 April 2017

AKAN DATANG PERANG MUSUH BISIK SIAM KEDAH



Bismilahirohmanirohim..
Segala pujian bagi Allah SWT yang mentadbir Sekelian Alam ,Alam Nyata ,Alam Ghaib dan Alam-Alam yang tidak diketahui oleh manusia sesunguhnya hanya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Dalam Pengetahuannya .

Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW  Baginda adalah pesuruh Allah dan Nabi yang terahir diutuskan kepada Umat Manusia ,Baginda Rasulullah SAW sebaik-baik manusia yang Mulia , Salam juga kepada seluruh Sahabat Baginda Rasulullah SAW , semuga ALLAH SWT membalas kebaikan mereka dengan ganjaran Syurga Insha...Allah


Kita telah melihat sejarah sebuah Bangsa misteri Melayu setelah kian lama meraja-raja di Asia Tengara ini lah tanah tumpah darah leluhur Nenek Moyang Bangsa Melayu dari seketika bermulanya kehendak ALLAH jua menciptakan Bangsa ini dan Sesunguhnya ALLAH Maha Dalam PengetahuanNya .

Bangsa Melayu adalah Bangsa yang sangat Misteri kewujudan Bangsa ini yang menerima Agama Hindu Sebagai Cara hidup kemudian Kedatangan Agama Budha menjadi Agama Ke-2 dan ALLHAMDULILAH atas kehendak ALLAH SWT jua Bangsa ini menerima Agama yang sagat Mulia yakni Agama Islam .

Dari Raja-Raja dan orang-orang Melayu yang menganut Agama Hindu dan Budha Kedatangan Islam telah melengkapkan kedudukan Bangsa ini dan Bangsa ini telah diMuliakan dan di pertahankan dengan Nyawa,darah,harta benda,pergorbanan demi pengorbanan leluhur Nenek Moyang mempertahankan Pusaka berharga dan tanah air ini demi kelangsungan Bangsa dan Negara Melayu dan Islam .

Setelah Kita Melayu di jajah oleh Bangsa Eropah,Portugis maka tertawan lah pusat Kerajaan Melayu iaitu Melaka maka terjajah Bangsa ini ,kejatuhan Melaka adalah kerana Khianat dari Bangsa sendiri .

Terjajahnya Melaka maka terjajah juga seluruh semenanjung Tanah Melayu dan sejarah-sejarah kegemilangan Bangsa ini dirobek-robek dengan sengaja oleh bangsa penjajah ini mereka merubah,merompak ,menyamun,membakar dan membawa lari segala kitab-kitab sejarah yang menyimpan bukti-bukti kegemilangan Bangsa Melayu tidak cukup dengan itu Bangsa penjajah ini merubah-rubah segala rupa bentuk sejarah-sejarah Kegemilangan Bangsa ini .

Maka setelah dijajah Maka terhenti lah segala kegemilangan pencapaian kerana Raja-Raja Melayu dan Orang-orang Melayu terpaksa lari menyelamatkan diri dan membawa segala harta pusaka yang sekadar termampu saja dan banyak yang terpaksa di buang-buang ditegah Hutan-hutan kerana menjadi beban yang tak mampu dibawa lari bersama .

Dari hari ke hari tahun berganti tahun puluhan tahun kita telah dijajah oleh Penjajah ....Nun di hujung di sebelah Utara Negeri Melayu Kedah , Keturunan Salsilah Merong Maha Wangsa Kini di akan diuji sekali lagi ujian yang akan menentukan Nasib anak Cucu Cicit dan Bangsa Melayu dan Kedaulatan Kesultan Melayu.

Kedaulatan Keturunan Merong Maha Wangsa yang epik sejarah pengorbanan perjuangan Bangsa Melayu ini yang menempa Keseluruhan Tanah Langka Suka ,Sengenting Kra meliputi Wilayah Patani dan Keseluruhan Tanah Thailand Kesultanan Melayu di Chaiya ,Ayuthia ,Burma,Kemboja telah ditakluki oleh Bangsa Melayu leluhur keturunan Pra Ong Maha Wangsa ,Maharaja Durbar-Durbar,Merong Maha Wangsa yang memperlambangkan Burung Geroda Tungangan Dewa Wishnu dan sekaligus Membawa Perlambangan Sri Wijaya Mala atas kehendak ALLAH SWT keturunan ini menerima hidayah Islam semasa pemerintahan Maha Raja Sri Durbar-Durbar Mala Raja iaitu Cicit Maharaja Sri Merong Wangsa atas kehendak ALLAH jua Bangsa ini dimulia disisi ALLAH SWT dari Tanah Mekah yang Mulia Seorang Wali ALLAH bertaraf Sultan Penghulu bagi Sekelian Wali-Wali ALLAH Baginda yang Mulia adalah dari keturunan RASULULLAH SAW seorang Mu-Alim Tokoh Sufi dan Guru Agung Sultan Aulia Sykeh Mahyudin Abdul Qadir Al-Jalaini telah mendapat hidayah pertunjuk dari ALLAH SWT agar mengirimkan Murid-Muridnya seramai 12 Orang Ke Asia tengara bagi memantapkan lagi syiar Agama Islam di Nunsantara 6 dari muridnya telah di hantar ke Jawa,Sumatera ,Filipina dan Seorang Muridnya yang bernama Sykeh Abdullah Al Qumairi di Tugas ke ke Langka Suka ,Kandaram (kedah tua) mereka berjalan dalam lipatan Bumi dengan Karamah Wali yang mereka miliki maka sampailah Sykeh Abdullah Al Qumairi di Negara Garuda yang ketika itu Raja dan Rakyat masih memeluk Agama Hindu Maka di lihatlah oleh Sykeh Abdullah Qumairi segala bentuk kesesatan Raja dan Rakyatnya Baginda Sykeh Qumairi dengan mengunakan Karamah Hilang Halimunan tidak dapat dilihat menuju ke istana Raja setiba Sykeh Qumairi di istana Raja dan Pembesar Negara yang sedang bersantap dan bermabuk-mabukan atas kehendak ALLAH jua Karamah Syekh Qumairi di perlihatkan pada Raja dan Pembesar-pembesar Negara maka menjadi terkejut besarlah Raja dan Pembesar-pembesarnya bagaimana Sykeh Qumairi memasuki Istana sedangkan Istana Raja dikawal oleh hulu balang-hulu balang Raja yang sangat gagah perkasa maka Sykeh Abdullah Qumairi ditangkap dan dipenjarakan tetapi Baginda Raja dihantui perasaan ingin tahu Ilmu Sakti Hikmat apakah yang digunakan oleh Sykeh Abdullah Qumairi memasuki Istana yang ketat Kawalannya bukan setakat ketat kawalan dari zahir luaran sahaja Istana Raja juga telah dijampi dipagar oleh bomoh-bomoh di Raja hari ke hari Baginda Raja dihantui ingin tahu Ilmu yag digunakan oleh Sykeh Abdullah Qumairi maka Raja pun mendekati Sykeh Abdullah Qumairi dan sering bertanyakan ilmu yang ada pada Sykeh hari ke hari Baginda mendengar penerangan dan cerita-cerita tauhid ketuhanan yang satu dari Sykeh sehinga Raja berminat dan ingin mempelajari Ilmu tersebut dari Sykeh maka Sykeh memberi syarat kepada Raja jika ingin mempelajari Ilmu darinya Baginda Raja perlu mengucapkan dua Kalimah Syahadah Baginda bersetuju dan mengucap dua Kalimah Syahadah maka Baginda Raja menjadi anak Murid Sykeh Abdullah Qumairi setelah Raja mempelajari Ilmu-Ilmu Al-Quran yang penuh dengan kebenaran dan kemukjizatan serta kebenaran maka Raja Saran kan kepada Pembesar-pembesarnya agar mengucap dua kalimah Syahadah maka sekelian pembesar Raja Mengucap dua Kalimah Syahadah Sykeh Abdullah Qumairi mendakwah mengajar ilmu-ilmu Islam maka sekian lama kedengaran pada Rakyat Jelata dan sekelian Rakyat Jelata mengucap 2 Kalimah Syahadah Baginda Sykeh Qumairi Menukarkan Nama Raja kepada Nama Islam dengan Nama Sultan Muzafar Shah maka menjadi permai bertambah maju lah Negara Raja Nilai-Nilai Islam disana sini Salam-salam di ucapkan di sana sini Sejahteranya Islam Sykeh Abdullah Qumairi Menukar Nama Negara kepada KEDAH DARUL SALAM membawa maksud Kedah yang AMAN,MAKMUR  dan Banginda Sykeh Qumairi memangil gelar kepada Bangsa ini MALA-U yang membawa maksud di dalam dalam Al-Quran Mala' yang bermakna berkembang-kembang biak memenuhi ruang ini keran cepatnya Agama Islam tersebar pada masa itu .

Gelaran Mala' di dalam Al-Quran membawa maksud satu kedudukan yang sangat tinggi jika diterjemahkan maksud mala itu  seperti tertera dalam Al-Quran  "Malaikat membawa maksud Mala" (Ketinggian)

Sykeh Qumairi Mengarahkan Pembinaan Sebuah Masjid di Kaki Gunung Jerai ketika pembinaan hampir Siap Sykeh Qumairi pun jatuh sakit dan Kembali ke Rahmatullah namun Baginda sempat berpesan berwasiat agar mayatnya di kuburkan berdekatan dengan menara Azan Masjidnya dibina itu sehinga kini bekas pembinaan itu masih ada di Gunung Jerai Kedah dan Makam Sykeh Qumairi di makamkan di padang Tok Sykeh sehinga Kini Masih ada .

Menurut Seorang Ulama dari Pondok Masbahul Salam AL-Alim Alamah Sykeh Mahmud Nasri Othmani Pengasas Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (asli) Malaysia bercerita , Sultan Waliyurllah Sykeh Mahyudin Abdul Qadir Al Jalaini ada melawat makam Sykeh Abdullah Qumairi dan Baginda ada Singah Bersembahyang di Masjid yang di bina di kaki Gunung Jerai dan Sultan Wali Sykeh Mahyudin Abdul Qadir Al-Jalaini juga ada menziarahi Banginda Raja Sultan Muzafar Shah Baginda Sykeh Abdul Qadir Jilaini menganugerahkan kepada Sultan Muzafar Shah Sebagai Sultan Muhyidin Penghidup Agama Islam di mana Baginda Sultan Muzafar Shah adalah ketua bagai Agama Islam di alam Melayu ini bagi mengantikan Sykeh Abdullah Al- Qumairi .



petikan dari sumber : http://malaymujahid.blogspot.my/2013/04/asal-usul-bangsa-melayu.html

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.
Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.
Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu 'Abu' – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou).

Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Canton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China.
Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.
Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara)

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai
AL-MALA-U bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

>>>Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)

b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)

c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)

d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)

e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)

f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

( AHLI JAWI MELAYU - ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM –

Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya
'Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia' dan 'Nurnya Meliputi Alam (Khalifah)'.

Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)

Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran.
Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur”
yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)

Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.

Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu
Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya,
Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah
(Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :

"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."

Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.

( - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)

ZAMAN KEJATUHAN

Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang menjadikan umat manusia rata-rata :

a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),

b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,

c) berfahaman ajaran sesat,

d) salah faham terhadap agama,

e) pergaduhan antara kaum dan agama,

f) pengaruh isme yang membahayakan,

g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.

h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain

Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an

Selain itu, penjajah dipercayai telah banyak melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali. Yang ada pada kita sebenarnya banyak sejarah yang telah diubahsuai dan dipinda untuk mengelirukan kita.

Kini penjajah sudah mempunyai nama baru kepada kumpulan mereka iaitu 'Zionis' dan kuncu-kuncunya (tidak kira nama mereka samada Illuminati, Freemason, Priory, Opus Dei, Bilderberg, Black Nobility dsb dan dalam bentuk apa pun ianya muncul).

~~~MEREKA SANGAT TAKUT KEPADA KEWUJUDAN IMAM AL-MAHADI~~~

Mereka sebenarnya sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan mereka.

Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini (Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak - timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.

TANDA2 KINI BARAT MELABELKAN ISLAM SEBAGAI PENGGANAS (TERRORIST)

Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila penjajah melabelkan pahlawan Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll) sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.

Pelbagai cara kini dilakukan (termasuk menggunakan teknologi) untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam secara halus

KESINAMBUNGAN
Selepas era Tok Kenali, perjuangan memertabatkan "Melayu Islam" dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang

(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER)

Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi "TALQIN DUA KALIMAH SYAHADAH" bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan AQIDAH umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.

Di saat Kemaraan Orag Othaiya (mongolia campuran) sering mengempur Kemboja dan beberapa kawasan tanah kepunyaan orang Melayu mula ditawan dan mereka mula membangunkan kuil-kuil dan patung -patung Budha sehinga lah bangsa ini mendapat gelaran Bangsa Siam yang lebih dikenali sebagai EMPAYAR KESULTANAN KEDAH PASAI MA " SIAM MELAYU     Chaiya dan  Ayyuthia yang merupakan pusat pemerintahan Melayu Siam Islam diperintah oleh Cucu Cicit Sultan Muzafar Shah 1 maka di sinilah bermula sebuah epik peperangan ,perjuangan Bangsa Melayu di mana perjuangan ini akan menentukan titik noktah Nasib anak cucu cicit kelak adakah akan menjadi hamba di tanah sendiri maka bermula lah Era "PERANG MUSUH BISIK KEDAH-SIAM"akan saya siarkan tidak lama lagi .