Selasa, 7 Februari 2017

Raja India Chola Menyerang Kedah Kuno



Salam Hormat Para Pembaca Blog ini semuga Allah SWT memberikan kepada anda kesihatan yang baik ilmu -ilmu yang bermanafaat dan rezeki-rezeki yang murah

dalam kita menyingkap misteri sejarah asal usul keturunan Melayu yang Penuh Misteri ini , Setiap Bangsa diatas Muka Bumi ini Mereka mempunyai sejarah dan mengetahui darimana asal Usul Bangsa Mereka

Bangsa Melayu adalah Bangsa Misteri yang sehinga Abad Moden ini masih belum dapat dirungkai atau disingkap sejarah asal dan Usul Bangsa Melayu . Jika dikaji dilihat pelbagai telahan dan tebar-tebaran menceritai asal Usul Bangsa Melayu ini Namun tidak satu pun benar dan diterima pakai oleh Bangsa ini sebagai Salsilah Keturunan Asal Muasal Bangsa Melayu

Saya akan menyingkap satu sejarah yang selama ini mungkin ramai pengkaji-pengkaji asal usul Bangsa Melayu yang telah terlepas pandang akan Sejarah ini



Laporan Keratan Media Oleh : Bernama :

Para pengkaji di Tapak Arkeologi Sungai Batu, yang diiktiraf sebagai tapak tamadun manusia tertua di Asia Tenggara, telah menemui beberapa tinggalan kapal purba di sungai kuno yang pernah mengalir di kawasan bersejarah "Kedah Tua" itu ribuan tahun dahulu.

Penemuan tinggalan kapal-kapal purba di tapak arkeologi itu didedahkan Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid kepada Bernama baru-baru ini.

"Ada di dalam sungai kuno itu lima atau tujuh kapal atau tongkang lama. Tiang layar (kapal-kapal purba) itu pun sudah nampak. Kapal-kapal atau tongkang purba itu adalah 40 hingga 50 kaki panjangnya.

"Selama ini pengkaji-pengkaji mencari di kawasan bakau di pesisir pantai, tetapi apabila menggunakan teknologi satelit, (pengkaji) mengetahui di mana kedudukan asal sungai kuno itu," katanya dalam temu ramah di pejabatnya.

Mohd Rawi berkata, pengkaji-pengkaji di tapak arkeologi terbabit menemui tinggalan kapal-kapal purba itu kira-kira setahun yang lalu tetapi tidak membuat sebarang pengumuman tentang penemuan itu sehingga kini.

Tapak arkeologi Sungai Batu terletak di ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Petani, di mana para pengkaji sejak 2009 telah menemui pelbagai monumen yang disahkan berusia seawal 1,900 tahun (110 Masehi).

Usianya telah disahkan lebih tua berbanding candi-candi di Borobudur, Indonesia dan Angkor Wat, Kemboja, yang masing-masing dibina pada abad ke-9 dan abad ke-12.

Tinggalan-tinggalan kapal purba itu menurut Mohd Rawi, dikesan tertanam di dalam sebuah kawasan berpaya dan berselut di tapak arkeologi itu, yang ribuan tahun dahulu merupakan sebuah sungai kuno yang dalam dan luas.

"Pengkaji menyelam dan mereka melihat adanya struktur seperti sebuah kapal," katanya dan menambah Tamadun Sungai Batu merupakan penemuan yang amat penting bukan sahaja kepada Kedah, tetapi juga Malaysia keseluruhannya.

Ditanya sama ada kerajaan negeri mahu melihat usaha menaikkan tinggalan kapal-kapal purba dimulakan, beliau berkata, perbincangan perlu diadakan kerana kos untuk menaikkannya dijangkakan amat tinggi.

Kerajaan negeri dan kerajaan pusat serta pelbagai agensi lain seperti Jabatan Warisan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian di tapak arkeologi Sungai Batu itu perlu duduk bersama dan berbincang, katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan penemuan struktur-struktur yang dipercayai bangkai kapal-kapal purba itu.

"Kita menemui struktur-struktur itu yang dipercayai kapal purba itu ketika melakukan analisis Geofizik (di tapak arkeologi Sungai Batu). Bagaimanapun kita perlu melakukan lebih banyak analisis dan kajian sebelum dapat mencapai keputusan akhir," katanya.

Ditanya tentang usia struktur itu jika ia disahkan adalah kapal-kapal purba, beliau berkata, ia berkemungkinan memiliki usia yang sama seperti Tamadun Sungai Batu itu sendiri.

Beberapa pengkaji yang ditemui oleh Bernama di tapak arkeologi Sungai Batu itu turut mengakui tentang penemuan tinggalan kapal purba itu, yang boleh disifatkan sebagai antara penemuan paling penting setakat ini.

Sejak menjalankan kajian di Sungai Batu itu, pasukan arkeologi USM telah membuat beberapa penemuan penting seperti relau melebur besi, jeti-jeti pelabuhan dan bangunan pentadbiran.

Bagaimanapun, penemuan terpenting adalah monumen bulatan disahkan telah dibina pada tahun 110 Masihi iaitu 1,900 tahun dahulu menggunakan teknik "Optically Stimulated Luminescence" (OSL), berkemungkinan berfungsi untuk tujuan ibadat bagi penganutnya yang mengamalkan kepercayaan Animisme.


Asal Muasal Bangsa Melayu adalah bermula dari Kerajaan INDIA Tanah Besar Kerajaan India ini sagat kuat dan sangat terkenal digeruni Musuh dengan jolokan tentera bergajah tidak terkalah Maharaja India yang sagat digeruni ini dikatakan berketurunan dari Afrika yang berhijrah ke Asia lama kelamaan mereka ditunjuki dengan Agama Hindu 

Bagi Membuktikan kuatnya ketenteraan Kerajaan India Kuno ini pernah suatu ketika Seorang Raja Alexzander The Great Mahu menawan menjajah Negara ini Namun ia kalah di dalam peperangan itu kerana menghadapi Kesukaran berlawan dengan tentera bergajah

Jadi Maharaja India ini mempunyai beberapa orang Putera dan Putera Mahkota Kerana perebutan Tahta Maka berlaku lah salah Faham dan perkelahian di antara putera-putera Maharaja ini . Salah Seorang daripada putera Maharaja itu membawa diri dan membuka penempatan baru di Sulawesi dan ia menjadi Raja di sana dan berkahwin sehinga melahirkan 3 Orang anak salah seorang dari anaknya itu bakal bergelar Raja Sriwijaya

Empayarnya kian lama kian berkembang namun ia masih kembali menjalin silaturahim dengan saudara-saudaranya di tanah Besar Indian Jalinan ini lah yang menyebabkan Empayarnya mebangun dengan cepat .

India Kuno adalah Perlabuhan Kapal-Kapal Perdagangan pada masa itu masih belum Wujudnya selat Melaka dan India menjadi pelabuhan popular para perdagang,Rempah,Minyak,Perak Gangsa dan lain-lain dalam masa yang sama India juga mempunyai Kuasa Tentera yang sagat Kuat ini kerana kepakaran rakyatnya dalam membuat Kapal .

mendengar ada Negara baru disulawesi di mana Rajanya adalah Saudara Seibu Kandung Raja India maka Rakyat-rakyat India mulai berhijrah ke Sulawesi bagi mencari harta dan rezeki di Negara Baru itu Kian hari kian lama Kapal -kapal perdagangan Mula singah berlabuh juga di Sulawesi Raja Sulawesi berjaya Membagunkan Negara dan Empayarnya .

Diantara 3 Orang anak Raja ini hanya seorang yang bakal bergelar Raja iaitu anak Sulong yang bernama Sriwijaya Wangsa apabila ini terjadi maka terjadilah salah faham yang ahirnya dua orang putera itu membawa diri di Semenanjung Malaya dimana akan dikenali sebagai Melaka (malaysia) dan seorang lagi membawa diri ke Semenanjung Malaya Kemudian akan dikenali sebagai Negara Kandaram (Kedah Kuno Malaysia )

Sulawesi Mula di sebut sebagai Kerajaan Sriwijaya membawa maksud "kemenangan yang Bercahaya) kian menerajui arah Kecemerlangan .

Namun 2 Orang Putera adik kepada Sriwiajaya Wangsa berhubungan baik dengan Sriwijaya sehinga Negara Melaka di buka dan menjadi maju ini kerana berpindahnya juga rakyat Sriwijaya ke Negara yang baru dibuka demi untuk mencari harta ,Rezeki dan kedudukan Melaka pula mulai terkenal dan membangun

Tidak lama pula Negara Kandaram (kedah) dibuka Negara Kandaram tidaklah sehebat Negara Melaka  ini kerana kedudukan startegik laluan Selat Melaka yang menjadikan Melaka terkenal kedudukan Kandaram  tidak begitu Popular namun Negara Kandaram itu sangat dikenali

Setelah Maharaja India Mati maka naiklah menjadi Maharaja India yang baru bernama Raja Chola yang memimpin melalui Kekerasan dan Undag-undang baru Kerana Tamaknya Raja Chola Mahu menguasai Kerajaan Sri Wijaya dan Melaka Raya ini dimulai bayaran Cukai Sriwijaya dan Kandaram Perlu membayar hasil Cukai kepada Raja Chola tidak cukup dengan itu secara diam-diam Raja Chola mula mengatur perang kepada Sriwijaya 

Berlakulah Perang diantara Sriwijaya dan Raja Chola Walaubagaimana pun Sriwijaya berjaya menangkis serangan itu Namun banyak harta benda musnah akaibat perang itu yang elbih menyedihkan Negara Kandaram Musnah teruk dan Rajanya dibunuh

Sekelian Rakyat Kandaram lari ke pendalaman dan kemudian sebuah Negara baru dibentuk Negara Ganganagara (perak Malaysia )

Bagi Membuktikan Kebetulan Fakta ini ia boleh dilihat kembali pada Sejarah Penemuan Sungai Batu DI KEDAH dimana ia dalah menjadi Laluan Ke pelarian Rakyat Kandaram semasa diserang raja Chola ini dikukuhkan lagi kerana Sungai Batu Kedah adalah tidak jauh dari Negeri Perak jadi Negara Ganganagara itu sememang Wujud dan benar.

Sriwijaya Kain Berkembang banyak negeri-negeri seperti Jawa,Palembang dan lain-lain mula dibuka dibawah pentadbiran Raja Sriwiya

pada suatu ketika Raja Chola ingin berdamai kembali dengan Sriwijaya maka Raja Chola pun berangkat dalam lawatannya ke Negara Sriwijaya dan ahirnya Raja Chola dibunuh oleh rakyat yang berdendam dengan Raja Chola itu .

Sriwijaya mula melancarkan perang habis-habisan bagi menghapuskan semua Saki baki Keturnan Raja Chola dan penyokongnya habis semua dibunuh , Setelah berjaya menghalau semua saki baki Raja Chola maka Srivijaya Menaiki Tahta Menjadi Maharaja pada tahun 1045, Selepas itu banyak terjadi peperang demi peperang diamana Maharaja berjaya didalam setiap peperangan itu Kawasan Jajahanya merebak luas sampai ke Madura ,Jawa dan Sri Langka dan ia bergbung perikatan dengan adik -adik kandungnya yang menjadi Raja bagi Melaka dan Kandaram bersatu di bawah Kerajaan Sriwijaya yang Megah ini .

Terjadilah Juga perkahwinan Campuran termasuk Seorang Raja yang bernama Huran berkahwinan dengan Orang Jawa penguasa jawa namanya Demang Lebar Daun Makan dari hasil perkahwinan ini lah akan lahirnya Keturunan Bangsa Melayu


Wallah Hu Aklam




2 ulasan:

  1. Ini tulisan mesti ditulis oleh bangsa lain yg mahu putar belit sejarah . Jilake .... Raja cholan itu saja yg dari india yg menyerang kerajaan kesultanan malayu kedah Tua dahulu tetapi cholan ini kalah . Tamadun sg batu apa yg ad dikedah itu memang Tamadun org malayu lama yg beragama lain satu ketika dahulu sblm menganuti agama islam
    ... Tamadun malayu ini tidak akan boleh diubah faktanya .

    BalasPadam
  2. Agak2 la nk twist sejarah.. Ni mesti geng bugis ni

    BalasPadam