1. Sejarah perlantikan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq (r.a.)
Al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Sahih Bukhari daripada Umar al-Khattab (r.a.) satu hadis yang panjang antaranya:
“..
Sesungguhnya di antara pengalaman kami ialah ketika Allah mewafatkan
Nabi-Nya (s.a.w.), kaum al-Ansor tidak bersama kami sebaliknya mereka
berhimpun di Saqifah Bani Saadah. Ali dan az-Zubir dan beberapa orang
lain juga tidak bersama-sama dengan kami. Kaum Muhajirin berkumpul di
sisi Abu Bakar (r.a.). Aku berkata kepada Abu Bakar: “Marilah bersama
kami, kita pergi menemui saudara kita daripada golongan al-Ansor.” Kami
pun pergi menemui mereka. Apabila kami hampir kepada mereka, kami
bertemu dengan dua orang lelaki soleh. Mereka berdua menceritakan apa
yang berlaku dan bertanya: “Ke manakah tujuan kamu wahai sekelian
Muhajirin?” Kami menjawab: “Kami ingin bertemu
saudara-saudara kami, golongan al-Ansor.” Mereka berdua berkata: “Tak
perlulah kamu pergi kepada mereka sebaliknya selesaikanlah tugas kamu.”
Aku berkata: “Demi Allah kami akan menemui mereka.”
Lalu
kami pergi ke sana. Setibanya kami di Saqifah Bani Sa’edah kami dapati
seorang lelaki yang berselimut berada di tengah-tengah orang rama. Aku
bertanya: “Siapakah ini?” Mereka menjawab: “Saad bin Ubadah.” Aku
bertanya: “Kenapa dengannya?” Mereka menjawab: “Beliau (r.a.) sakit.”
Sejurus selepas kami duduk seketika, khatib mereka bangun lalu bertasyahhud
dan memuji Allah. Dia berkata: “Kami adalah katibah Islam dan kamu
(Muhajirin) adalah kelompok kecil yang menyusup meninggalkan kaum kamu.
Tiba-tiba kamu ingin mengalahkan kami dan menguasai kami.” Apabila dia
diam, aku ingin bercakap. Aku lebih mengetahui daripadanya beberapa
batasan. Apabila aku ingin bercakap Abu bakar berkata: “Biarkan aku yang
bercakap. Aku tidak ingin menimbulkan kemarahannya.” Lalu beliau
berucap. Sesungguhnya dia lebih lembut dan lebih tenang daripadaku. Demi
Allah, tidak ada satu pun perkataan yang ingin aku katakan melainkan
dia mengucapkannya dengan tenang. Ia mengucapkan sama seperti apa yang
aku ingin ucapkan atau lebih baik daripada yang inginku katakan.
Kemudian dia diam. Kata beliau: “Apa yang kamu ucapkan mengenai
kebaikan, maka kamulah ahlinya. Sesungguhnya tidak diketahui seseorang
yang lebih berhak untuk jawatan ini (khalifah) melainkan kaum Quraisy.
Mereka adalah kabilah Arab yang pertengahan dari segi keturunan dan
tempat. Sesungguhnya aku redha untuk kamu salah seorang daripada mereka
berdua maka berbai`ahlah kamu kepada mereka sekiranya kamu suka.” Lalu
beliau memegang tanganku dan tangan Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah yang
duduk bersama kami. Aku tidak membenci apa yang dikatakannya, cuma
padaku sekiranya aku dibunuh supaya tidak memikul bebanan ini, ianya
lebih aku sukai daripada aku menjadi Amir sedangkan bersamaku Abu Bakar
as-Siddiq.
Bangun
seorang Ansor dan berkata: “Akulah kayu tangga untuk menunggang unta
dan kayu sangga kepada tamar yang merindang. Daripada kami seorang Amir
dan daripada kamu seorang Amir wahai sekelian Quraisy.” Lalu berlakulah
kekalutan dan kebisingan sehingga membawa perselisihan. Lalu aku berkata
bentangkanlah tanganmu wahai Abu Bakar. Lalu beliau menghulurkan
tangannya. Aku membai`ahnya dan diikuti oleh sekelian Muhajirin.
Kemudian beliau dibai`ah oleh kaum al-Ansor….”[1]
Inilah
bai’ah pertama kepada Abu Bakar (r.a.), iaitulah bai’ah golongan
pembesar sahabat dari kalangan Quraisy dan golongan al-Ansor. Bai’ah ini
kemudiannya diikuti oleh bai’ah umat Islam di masjid.
Bukhari meriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada
Anas bin Malik (r.a.) bahawa beliau telah mendengar khutbah Umar (r.a.)
apabila beliau naik ke mimbar iaitu selepas sehari kewafatan rasulullah
(s.a.w.) lalu beliau mengucap syahadah, ketika itu Abu Bakar (r.a.)
diam. Beliau berkata:
“Aku
berharap Rasulullah (s.a.w.) masih hidup dan dapat menyusun urusan kita
– dia mengharapkan dialah yang terakhir – Walau pun Muhammad (s.a.w.)
sudah wafat tetapi bersama kamu ada cahaya yang boleh kamu jadikan
pedoman sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah (s.a.w.). Sesungguhnya
Abu Bakar (r.a.) merupakan sahabat Rasulullah (s.a.w.) yang disebut di
dalam al-Quran sebagai `tsani itsnain iz huma fil ghar’. Sesungguhnya
dia lebih utama untuk urusan kamu. Maka bangunlah kamu sekelian
berbai’ah kepadanya.” Anas bin Malik (r.a.) berkata: “Sesungguhnya
sebahagian mereka telah berbai’ah dengannya dan bai’ah umum di atas
mimbar.”
Ibnu Kasir berkata: Ibnu Ishak berkata: “Kemudian Abu Bakar berucap. Beliau memuji Allah lalu berkata:
“Wahai
Manusia, sesungguhnya aku telah di lantik memimpin kamu dan bukanlah
aku yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka
taatilah aku. Sekiranya aku berbuat keburukan, betulkanlah aku.
Kebenaran itu amanah dan dusta itu khianat. Orang yang lemah di sisi
kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku kembalikan haknya. Orang yang
kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak
daripadanya jika Allah mengkehendaki. Tidak ada sesuatu kaum yang
meninggalkan jihad melainkan Allah akan menjatuhkan mereka dengan
kehinaan. Tidak akan berlaku kemungkaran yang berleluasa di dalam
sesuatu kaum melainkan Allah akan menurunkan bala’ kepada mereka
seluruhnya. Taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Maka sekiranya aku memaksiati Allah dan Rasul-Nya, maka tidaklah perlu
kamu mentaatiku. Bangunlah untuk menunaikan solat., semoga Allah
mengasihi kamu.”[2]
Kesimpulan:
Daripada himpunan peristiwa ini dapatlah diambil beberapa pengajaran antaranya:
Menunjukkan bahwa Nabi (s.a.w.) tidak menaskan dengan nyata siapakah khalifah selepas baginda.
1- Bai’ah
kepada Abu Bakar (r.a.) berlaku selepas selesai mesyuarat di antara
sahabat-sahabat besar di kalangan Muhajirin dan al-Ansor. Ini
menunjukkan bahawa yang membuat pemilihan ialah mereka yang dimuliakan
di kalangan para ulama’ dan para pemimpin. Inilah yang dinamakan sebgai ‘ahli halli wal aqdi’.
2. Tidak
disyaratkan ijma’ keseluruhan umat. Malah tidak mudharat sekiranya
berlaku penentangan daripada sebahagian kecil sebagaimana yang berlaku
terhadap Saad bin Ubadah (r.a.) yang tidak menyetujuinya.
3. Adalah suatu yang syar’ie berlakunya bai’ah di kalangan ahli halli wal aqdi dahulu sebelum bai’ah umat keduanya, sebagaimana yang berlaku kepada khalifah Abu Bakar (r.a.)
4. Tidak disyaratkan dalam pemilihan kehadiran semua ahli halli wal aqdi sebagaimana
Ali bin Abi Thalib (r.a.) dan az-Zubair bin al-Awwam (r.a.) tidak hadir
kerana menguruskan jenazah Nabi (s.a.w.) walaupun mereka berdua
berbai’ah selepas itu.
1. Sejarah perlantikan Umar al-Khattab (r.a.)
Manakala
perlantikan khalifah Umar al-Khattab thabit dengan cara yang berbeza
iaitu melalui perlantikan oleh khalifah sebelumnya. Ibnu al-Jauzi
berkata:
“Daripada
al-Hasan bin Abi al-Hasan (r.a.) katanya: “Apabila Abu Bakar mulai
sakit tenat, beliau menghimpunkan sahabatnya dan berkata: “Sesungguhnya
telah sampai kepada aku apa yang kamu lihat dan aku menyangka ianya akan
sampai (ajal). Allah telah melepaskan sumpah kamu daripada bai’ahku,
dan telah terongkai simpulannya. Telah dikembalikan kepada kamu urusan
kamu, maka kamu lantiklah sesiapa yang kamu suka. Sekiranya kamu
melantiknya pada masa aku hidup, ini lebih baik supaya kamu tidak
berselisih selepasku. Lalu mereka pun bangun meninggalkannya tetapi
tiada keputusan bagi mereka. Mereka berkata: “Khabarkanlah kepada kami
wahai khalifah Rasulullah (s.a.w.).” Katanya: “Kamu akan berselisih?”
Mereka menjawab: “Tidak.” Beliau bertanya: “Maka kamu redha dengan
pilihan Allah ke atas kamu ?” Mereka menjawab: “Ya.” Beliau berkata:
“Berikan kepadaku waktu seketika untuk aku melihat siapa yang terbaik
untuk Allah, untuk agama-Nya dan untuk hamba-Nya.” Lalu Abu Bakar (r.a.)
bertanya Uthman bin Affan (r.a.): “Berikanlah pendapat kamu mengenai
seorang lelaki. Demi Allah kamu pada sisiku adalah
berkeahlian dan berkedudukan.” Lalu beliau (Uthman) berkata: “Umar.”
Katanya: “Tulislah.” Lalu ditulis sehingga sampai kepada nama beliau,
beliau pun pitam. Kemudian dia sedar dan berkata: “Tulislah Umar.”
Disebut
juga bahawa: Abu Bakar as-Siddiq apabila hampir ajalnya telah memanggil
Abdul Rahman bin Auf (r.a.) dan berkata: “Khabarkan kepadaku mengenai
Umar bin Al-Khattab.” Lalu Abdul Rahman berkata: “Apa yang kamu tanyakan
kepadaku ini, kamu lebih mengetahuinya daripadaku.” Maka Abu Bakar
(r.a.) berkata: “..dan sekiranya…” Kata Abdul Rahman: “Dia demi Allah
lebih baik daripada pendapat kamu padanya.” Kemudian Abu Bakar (r.a.)
memanggil Uthman bin Affan (r.a.) dan berkata: “Ceritakan kepadaku
mengenai Umar”, maka Uthman (r.a.) menjawab: “Kamu lebih berpengalaman
daripadaku mengenainya.”
Abu
Bakar telah bermesyuarat dengan Said bin Zaid, (r.a.) Abu al-A’war
(r.a.), Usaid bin al-Hudhair (r.a.) dan lain-lain lagi daripada
al-Muhajirin dan al-Ansor.
Sebahagian sahabat Nabi yang mendengar bahawa Abdul Rahman (r.a.)dan
Uthman (r.a.) menemui Abu Bakar (r.a.) di tempatnya dan berkata salah
seorang daripada mereka: “Apa yang akan engkau kata kepada Tuhanmu
apabila engkau ditanya mengenai perlantikan Umar (r.a) selepas engkau,
sedangkan engkau tahu sifat kasarnya?” Lalu Abu Bakar berkata:
“Dudukkanlah aku. Apakah kamu takutkan aku dengan Allah? Celakalah
sesiapa yang menambah dalam urusan kamu dengan kezaliman. Aku akan
berkata kepada-Nya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah tinggalkan urusan
mereka kepada sebaik-baik makhluk-Mu.” Kemudian dia baring dan memanggil
Uthman bin Affan (r.a.) dan berkata: “Tulislah: Dengan nama Allah Yang
Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Ini ialah perlantikan yang dilakukan
oleh Abu Bakar bin Abi Qahafah pada akhir hayatnya di dunia dan di awal
kehidupannya di akhirat; yang diambang memasukinya dimana
hari ini dipercayai oleh yang kafir, di yakini oleh yang berdosa, dan
dipercayai orang yang dahulunya tidak mempercayainya. Bahawa aku telah
melantik ke atas kamu selepasku Umar al-Khattab. Maka dengarkanlah
kata-katanya dan taatilah dia. Sesungguhnya aku tidak tinggalkan kepada
Allah, Rasul-Nya, agama-Nya, diriku dan kepada kamu melainkan kebaikan,
sekiranya diubah maka bagi setiap orang balasan dosa apa yang
dilakukannya, aku tidak mengetahui perkara ghaib, dan orang-orang yang
zalim akan mengetahui di manakah tempat kembali mereka, dan salam
sejahteralah ke atas kamu.
Kemudian diperintahkan agar surat itu dicop.
Kemudian
beliau memerintahkan Uthman (r.a.) keluar membawa kertas yang telah
dicopkan tersebut bersama Umar bin Al-Khattab dan Usaid bin Said
al-Khurdhi. Uthman (r.a.) berkata kepada orang ramai: “Apakah kamu akan
berbai’ah kepada sesiapa yang tertera namanya di dalam kertas ini?”
Mereka menjawab: “Ya.” Sebahagian daripada mereka berkata: “Kami telah
tahu.” Ibnu Saad berkata kepada yang berkata tadi: “Dia ialah Umar.”
Mereka mengiktirafnya, meredhainya dan berbai’ah kepadanya.
Kemudian
Abu Bakar (r.a.) memanggil Umar (r.a.) secara sendirian lalu
mewasiatkan sesuatu kepadanya. Abu Bakar (r.a.) kemudian keluar dan
mengangkat tangannya seraya berkata: “Ya Allah, aku tidak kehendaki
dengan apa yang aku lakukan ini melainkan kebaikan kepada mereka dan
mengurangkan fitnah daripada mereka. Dengan itu aku lakukan terhadap
mereka sebagaimana yang Engkau ketahuinya. Aku telah berusaha berfikir
untuk mereka. Maka aku lantik ke atas mereka seorang yang terbaik dan
yang terkuat di kalangan mereka serta seorang yang lebih memelihara
terhadap apa yang aku tunjukkan kepada mereka. Sesungguhnya telah tiba
kepadaku urusan engkau (ajalku) lalu aku
gantikan kepada mereka (khalifah selepasku) . Mereka adalah hamba-Mu.
Nyawa mereka di tangan-Mu. Berikanlah untuk mereka dan kepada mereka
kebaikan. Jadikanlah dia di antara khulafa’ Engkau yang mendapat
petunjuk yang mengikut petunjuk nabi ar-Rahmah dan petunjuk orang-orang
soleh selepasnya dan perelokkanlah baginya rakyatnya.”[3]
Kesimpulan:
Daripada kisah ini bolehlah dibuat kesimpulan bahwa:
1. Harus melantik peribadi tertentu sebagai pengganti khalifah.
2. Bermesyuarat dengan ahli al-halli wal aqd sebelum berazam menentukan khalifah.
3. Menulis surat perlantikan kepada khalifah yang akan mengganti.
4. Perlantikan secara ‘al ahd’ tidak cukup sebagai perlantikan imam tetapi hendaklah mendapat bai’ah umat.
3. Pemilihan Uthman Al-Affan (r.a.)
Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Sahih Bukhari daripada
Amru bin Maimun yang menceritakan kisah Umar al-Khattab (r.a.) ditikam
dan diusung ke rumahnya kemudian para sahabat masuk menemuinya. Mereka
berkata: “Wasiatkanlah wahai Amirul Mukminin. Lantiklah pengganti.” Umar
(r.a.) berkata: “Aku tidak dapati untuk urusan ini melainkan kumpulan
ini yang Rasulullah (s.a.w.) wafat dengan meredai mereka;[4] lalu beliau telah menamakan mereka itu, iaitu; Ali, Uthman, az-Zubair, Talhah, Saad dan Abdul Rahman. Beliau
berkata: “.Pemilihan akan disaksikan oleh Abdullah bin Umar dan perkara
ini bukanlah haknya sedikit pun. Sekiranya kepimpinan ini diberikan
kepada Saad, maka kepadanyalah. Jka tidak, maka sesiapa sahaja yang
dilantik menjadi Amir mintalah bantuannya. Sesungguhnya aku tidak akan
membuangnya kerana lemah atau khianat…” sehingga berkata rawi:
Apabila selesai pengkebumiannya, kumpulan tersebut mengadakan pertemuan. Lalu
Abdul Rahman (r.a.) berkata kepada mereka : “ Serahkan urusan ini( Amir
)kepada tiga orang daripada kamu.” Lalu Al-Zubair berkata aku serahkan
urusanku kepada Ali[5].
Talhah berkata: “Aku serahkan urusanku kepada Uthman”, dan Saad
berkata: “Aku serahkan urusanku kepada Abdul Rahman bin ‘Auf.”
Abdul
Rahman berkata: “Siapakah di kalangan kamu yang ingin berlepas diri
daripada urusan ini, supaya kami dapat jadikan urusan ini kepadanya,
demi Allah ke atasnya dan Islam yang dilihatnya dirinya lebih utama
daripada mereka, Lalu kedua-dua mereka diam.
Abdul
Rahman berkata: “Apakah kamu berdua serahkannya kepadaku demi Allah
supaya aku tidak meninggalkan yang lebih baik antara kamu? Mereka berdua
berkata: ya. Lalu beliau telah memegang tangan
salah seorang daripada mereka dan berkata: Kamu mempunyai hubungan
kerabat dengan rasulullah (s.a.w.) dan terlebih dahulu memeluk Islam,
sekiranya aku melantikmu adakah engkau akan berlaku adil, dan sekiranya
aku melantik Uthman adakah kamu akan dengar dan taat.
Kemudian
dia bersama seorang lagi dan berkata seumpamanya, maka apabila tiba
masa perlantikan, beliau berkata: “Hulurkan tanganmu wahai Uthman. Aku
berbai’ah kepadamu.” Lalu beliau berbai’ah kepada Uthman dan Ali
berbai’ah kepadanya. Seterusnya semua ahli rumah itu masuk dan berbai’ah
kepadanya.[6]
Kesimpulan:
Perkara yang mungkin disimpulkan mengenai perlantikan Uthman bin Affan (r.a.) ialah bahawa:
1. Harus
melantik beberapa orang yang tidak ditentukan siapakah peribadi yang
dilantik secara khusus. Imam Ibnu Taimiah mengatakan bahawa:
“Sebab
tidak ditentukan seseorang secara khusus daripada enam orang itu ialah
supaya tidak berlaku perselisihan kerana beliau memandang keenam-enam
mereka mempunyai kelebihan yang sama. Begitu juga sekiranya beliau
memilih seseorang dan seseorang yang ditentukan itu tidak dapat
menunaikan tugas dengan baik, maka Umar akan merasai dia
bertanggungjawab maka sebab itu beliau tidak menentukan secara khusus
siapakah yang hendak dilantik”
Kata Ibnu Battal sebagaimana yang ditulis oleh Ibnu Jarir di dalam kitabnya: “Cara ini[7]
merupakan himpunan cara Rasulullah (s.a.w.) pada meninggalkan memilih
peribadi tertentu dan menyerahkannya kepada muslimin dan cara Abu Bakar
(r.a.) yang memilih peribadi tertentu lalu Umar telah mengikut amalan
nabi dengan tidak mennetukan sesipa yang patut dipilih dan amalan Abu
Bakar iaitulah menentukan khalifah kepada salah seorang daripada enam
orang, maka ianya merupakan cara yang menghimpunkan antara pemilihan dan
perlantikan.[8]
4. Perlantikan Ali (r.a.)
Selepas
peristiwa syahidnya Uthman al-Affan (r.a.) berlaku perpecahan dalam saf
muslimin dan berlaku perlisihan pertama di dalam masalah perlantikan
khalifah. Perlantikan khalifah Ali (r.a.) menghadapi banyak kesukaran.
Antaranya; peristiwa pembunuhan Uthman bin Affan, pembunuh menyertai saf
Ali, umat Islam menuntut qisas daripada mereka, kengganan penduduk Syam
keseluruhannya untuk berbai’ah dan beberapa sahabat besar seperti
Tolhah, az-Zubair, Aisyah dan lain-lain keluar menentang Ali (r.a.)
Daripada
Muhammad bin Al Hanafiah katanya: “Aku bersama Ali (r.a.) ketika Uthman
(r.a.) sedang dikepung. Datang seorang lelaki dan berkata:
“Sesungguhnya Amirul Mukminin telah terbunuh.” Kemudian datang seorang
lagi dan berkata: “Sesungguhnya Amirul Mukminin telah terbunuh
sekarang.” Katanya, lalu Ali pun bangun, lalu aku duduk dihadapannya
kerana bimbangkannya, lalu katanya, ketepi, katanya lagi: Lalu Ali tiba
dirumah Uthman sedangkan Uthman telah terbunuh lalu dia memasuki rumah
dan menutup pintu, Lalu beberapa orang datng dan membuka pintu dan masuk
kepadanya dan berkata: Dia telah terbunuh, rakyat memerlukan khalifah
dan kami tidak dapati seseorangpun yang lebih layak selain kamu, lalu
Ali berkata: Janganlah kamu menghendaki aku, aku sebegai menteri untuk
kamu lebih baik daripada aku menjadi amir. Mereka berkata: Tidak demi
Allah kami tidak mendapati seorangpun yang lebih berhak daripada kamu,
katanya: Sekiranya kamu enggan menolakku juga maka bai’ahku tidak secara
sulit tetapi aku akan keluar kemasjid maka siapa suka dia bai’ahkan
aku, lalu beliau keluar ke masjid lalu rakyat berbai’ah kepadanya.[9]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan