AL-Alim Al-Alamah Rahimullah Sultan Aulia Sykeh Mahyudin Abdul Qadir Al-Jalaini
KISAH ASAL MELAYU...
DARI KITAB SHEIKH DAUD AL FATANI....
"Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam "
Bukan Melalui Sarjana Barat...
Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman
Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin,seperti yang
di ceritakan oleh Syekh Mahmud Nasri Usmani(Anak Murid Tok Kenali)
seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada
Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku@Kitab,Ceramah
Kuliah Tuan Guru kepada Murid-Muridnya di dalam Jemaah Abjad dan Warga
Melayu.
Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syekh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa :
Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani
menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah
Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu
langkah dalam waktu zohor Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni
Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti
Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung
Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.
5 kali Azan, Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.
Selepas Azan Zohor ke -2
Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang)
Mereka tidak melakukan apa apa serangan dan hanya mengambil tempat
Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa gesa untuk melakukan kerja
mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa
Sayyid Syeikh Abdullah Al
Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan
Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong
Mahawangsa
Raja Phra Ong Mahawangsa beserta Sami saminya dan
kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al
Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap
Mata melalui Latihan Pertahanan Diri,Perbomohan,dan lain-lain cara.
Agama yang dianuti ketika itu adalah Hindu dan Budha atau Sembahan Permujaan Patung dan Kepercayaan Animisme yang lain
Raja Phra Ong Mahawangsa juga menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al
Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun
berjaya di patahkan oleh Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah
Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah
Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun)
Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.
Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh
Abdullah Al Qumairi :
Apakah yang Tuan Pakai ?
(Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya)
Kami jumlah yang besar kalah dengan kamu jumlah yang kecil !
Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !
Apabila ditanya Apa itu Islam?
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar...
Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui
Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima
Agama Islam.
Apabila Raja masuk Islam,Pembesar Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.
Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh
Abdullah Al Qumairi.Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa perintah Tempayan
dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih
dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi .
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut
حزا قده دار الا من
Haza Qodah Darul Aman
بالد ت طيبه ورب غور
Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun
(Surah Sa"ba -15)
Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum
oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza
Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis
Syirik,Kufur,Kafir,Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut
setelah menerima Islam..
Perkataan Gelaran Al Mala U (Melayu)
telah diberikan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kepada Penduduk
Kedah ketika itu yang ada pelbagai warna kulit dan keturunan yang
terdiri dari Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan 24 Jenis keturunan
Gelaran Al Mala U bermaksud Bangsa Yang Menerima Agama Islam (Bangsa Yang Beragama)
Juga digelar Ahli Jawi Jadid kerana menulis Tulisan Jawi dan bertutur dalam Bahasa Melayu
Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar
Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian
diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan
Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )
Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi adalah Guru Murabbi paling Kanan
kepada Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani
Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat
Setelah itu Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani
Guru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Qumairi telah datang melawat Puncak
Gunung Jerai dan kemudian telah Melantik Raja Phra Ong Mahawangsa dengan
memakai Gelaran Sultan (Yang Pertama Di Alam Melayu)
Sultan istilah Bahasa tanpa Menuntut Jawatan Khalifah
Sultan juga bermaksud Ketua@Pemimpin kepada Orang Beriman
Wilayah yang berada di Wilayah Sultan dan Kerajaan Taklukkannya secara
Automatik menjadi Wilayah Bangsa Al Mala U atau Milik "Islam Melayu
Melayu Islam"
Dikatakan juga pada Tahun 1187 Masihi Tentera Al
Mala U yang berpusat di Kedah telah menghantar 10 Ribu bala Tentera
untuk membantu Sultan Salehudin Al Ayubi pada Misi Perang Salib ketiga
di BaitulMaqdis dan hasilnya mereka berjaya merampas BaitulMaqdis(Tak
pernah dinyatakan dalam Sejarah)
Pandangan Syekh Ahmad Fatani mengenai Bangsa Al Mala U
" al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah
(kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan
(dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab
dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan
dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu)"
Negeri Melayu
itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu
terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah.
Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah
sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.
"Orang-orang
Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di
wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia
di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang
Jawa.
"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah
daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah
kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam
pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka
dengan bahasa Melayu.
"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas,
lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang
sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi,
mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan
kefahaman padanya.
"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."
Sumber Kitab Hadiqatul Azhar
"Digelarnya mereka ini kumpulan atau kelompok Melayu kepada mereka yang
tinggal di Wilayah Kepulauan Melayu yang bermula di Utara Segeting Kera
Thailand dan Timurnya di Filipina,dan Selatannya di Sempadan
Australia,dan hingga di Kepulauan Madagascar"
- Syeikh Ahmad Junaidin
"Islam Melayu Melayu Islam"
ABJAD MALAYSIA .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan