Selasa, 27 Disember 2016

Mahluk Allah Sebelum Nabi Adan A.S

Bismilah Ar Rohman Ar Rohim

Sesunguhnya telah Wujud Mahluk Allah SWT yang menghuni Bumi ini sebelum Nabi Adam A.s seperti di Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqaroh Ayat 30 

Berikut adalah sedikit Kupasan dan Kajian saya yang sedikit ini bagi membongkar Mahluk-Mahluk Purbakala yang pernah Wujud di atas Muka Bumi ini Jutaan Tahun Dahulu

Berikut adalah Nama-Nama Mereka :

                                                                      Abal Jan

Abal Jan adalah Mahluk yang pertama yang menghuni di Muka Bumi ini sejak Jutaan Tahun terdahulu setelah sekian lama Bangsa ini hidup di Muka Bumi mereka telah banyak melakukan hal-hal Kemungkaran dan melakukan banyak Kerosakan Maka Bangsa Abal Jan ini pun dimusnahkan . Mereka Bangsa Pertama yang dimusnahkan dihancurkan oleh Allah SWT . Setegah Pendapat mengatakan bahawa Abal Jan adalah Nenek Moyang Kepada Bangsa Banu Jan dan Azazil/Jin  di percayai juga mereka Bangsa PERTAMA  yang menghuni Bumi .

Setelah Abal Jan diciptakan dan turun Kemuka Bumi ia pun dilantik sebagai Khalifah bagi mengelola di Bumi bersama pasanganya Abal Jan menghasilkan banyak keturunannya dan keturunannya inilah yang di sebut " Banu Jan"semakin hari semakin berkembanglah Umat Abal Jan" maka seperti Umat Manusia mereka Abal Jan" juga mempunyai Negara-Negara Kerajaan dan UNDANG-UNDANG PEMERINTAHAN dan Juga KETENTERAAN .

Di dalam Versi ini disebutkan ada 8 Kerajaan Pemerintahan "Abal Jan yang sesak memenuhi seluruh Bumi ,lautan dan seluruh perut Bumi sehinga penuh di ruang langit atmesfera . Kerajaan -Kerajaan ini sangat besar sehinga kerap kali terjadi perang sesama mereka . Sehinga mereka saling menumpahkan darah kemudian mereka ini dingati sebagai "Banul Jan Bangsa Jin "

Sementara itu Azazil baru diciptakan merupakan generasi ke empat mereka juga memiliki Nabi/Ketua seperti umat manusia mereka juga diperintahkan kepada Agama dan menyembah Tuhan yang Esa . Namun ketika itu Azazil tidak menghuni Bumi saat itu Azazil berada di dalam Syurga bersama para Malaikat Azazil adalah Mahluk yang sangat giat beribadah kepada Tuhan sehinga ia menjadi Mahluk yang sangat berilmu Tinggi dan menjadi Ketua Penghulu kepada Para Malaikat  .

Setelah Bumi kian rosak dan Binasa akibat dari perbuatan " Banul Jan Tuhan mengutuskan Azazil bersama Para Malaikat agar turun ke Bumi membinasakan Umat "Banul Jan Para Pembesar " Banul Jan lari kehujung Bumi namun dikejar para Malaikat mereka dibunuh dan dibinasakan ada yang tertingal adalah Bangsa jin yang lemah dan tidak melakukan kerosakan mereka sahaja yang tertingal sehinga kini mereka masih hidup bersama kita Umat Manusia saat ini

Banul Jan

Banul Jan adalah Generasi Ke 2 asal daripada Bangsa Abal Jan Makna Kata Banul" bermaksud anak atau Keturunan dan Makna kata Abal" bermaksud Ibu' atau Bapa 'Bagaimana pun Bangsa ini juga turut dibinasakan dan dimusnahkan kerana Mereka banyak melakukan kerosakan diatas Muka Bumi



Bin/Ban

Bangsa Bin/Ban telah ditafsirkan di pelbagai sumber Bangsa ini ialah Bangsa "dedemit" bagaimana pun Bangsa ini belum dapat ditafsirkan sepenuhnya melalui Kajian-Kajian dan sumber tepercaya yang sagat terhad bagaimanapun Bangsa ini turut dimusnahkan kerana mereka banyak melakukan kerosakan diatas Muka Bumi .


Azazil /Jin

Bangsa Azazil iaitu Bangsa Jin ia merupakan Bangsa dari Malaikat-Malaikat tetapi kerana Kesombongan ia telah dilaknat dan Namanya bertukar kepada Nama Iblis/Syaitan mereka berkaum mengeluarkan keturunan Jin ALLAH SWT Berfirman Bangsa Jin ini diciptakan dari pucuk api .


Ninas

Bangsa Ninas adalah merupakan Bangsa setegah Manusia setegah haiwan ada yang memiliki badan Kuda berkepala Manusia ada juga bersayap memiliki ekor dan sebagainya Bangsa ini turut dibinasakan keran melakukan kerosakan dan pencampuran yang melampui batas


Sehingalah Tuhan Menciptakan Nabi a.s dan Umat Nabi Adam a.s yang paling layak menjadi Khalifah dan mengelola Bumi .Saat Adam telah diciptakan Maka Tuhan berseru kepada semua Mahluk-Nya agar tunduk menghormati Nabi Adam tunduklah sekelian Mahluk kecuali Azazil

Lalu Allah SWT Berfirman:

"Apakah yang menghalang mu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruh mu..?
 Azazil Pun menjawap .. Kerana saya adalah lebih baik daripadanya Engkau ciptakan aku daripada api dan kau ciptakan nya dari tanah " (Surah Al-A"araf ayat 12 )

Allah SWT melaknat Azazil maka hilanglah sayap-sayap indah Azazil hilang lah wajah-wajah Mulia Azazil diganti dengan Sayap yang hodoh serta Wajah nya bertukar menjadi hodoh lagi keji dan Azazil dipangil sebagai Iblis mahluk terkutuk keraba kesombongan dirinya

lalu ALLAH SWT mengusir Iblis dari Syurga ke Bumi sampainya di Bumi Iblis bergabung dengan para Jin dan membentuk Kerajaan nya dan tentera nya dalam misinya untuk menyesatkan Umat Nabi Adam a.s

Versi ke 2
Sebelum Nabi Adam Sykeh Muhammad Bin Ahmad Ilyas di dalam bukunya menyebutkan Ibnu Abbas r.a mengatakan : Setelah ALLAH SWT menyempurnakan penciptaan langit dan Bumi dengan segala sifatnya di Bumi pun tumbuh daun-daun yang hijau yang saling bertindih pada saat itu Bumi menanyakan persoalan pada ALLAH SWT  atas pertanyaan itu ALLAH SWT menciptakan Umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis yang diberi nama Jin lalu mereka berkembang biak dengan banyaknya seperti debu-debu halus yang berterbangan di udara kerana jumlah mereka sangat banyak diantara mereka ada yang berwarna hitam,putih,merah,kuning, satu sama lain berkahwin dan melahirkan keturunan . Mereka membuat rumah,membelah batu,memburu burung binatang liar . Semua itu terus dilakukan dalam masa yang lama sehinga Bumi pun menjadi rosak dan hampir binasa selain itu mereka saling berperang diantara satu sama lain diatas kesalah faham dan berbeza pendapat .kerosakan yang kian memuncak maka ALLAH SWT mengirimkan Umat yang berasal didalam lautan yang disebut dengan Bangsa Bin/Ban .

Bangsa Bin/Ban yang bertubuh lebih besar dari Jin Bin/Ban pun memburu membunuh semua Bangsa Jin sehinga binasa . Jin tingal di Bumi 500 tahun setelah itu Bumi dikuasai oleh Bangsa Bin/Ban mereka pun berkahwin diantara satu sama lain sehinga melahirkan keturunan dan berkembang biak dengan banyak sehinga Bumi di penuhi oleh bangsa Bi/Ban baik dilautan di dalam perut tanah dan di atmofera (udara) mereka memenuhi Bumi di setiap sudut dan penjuru Bumi . Mereka mengali telaga bagi mendapat air mereka juga membuat terusan sungai-sungai mereka juga membuat mesin-mesin roda-roda membangun jambatan diatas permukaan air menangkap ikan memburu binatang sehinga Bumi pun hampir menjadi rosak oleh kerana itu semua binatang-binatang mengadukan perkara ini kepada ALLAH SWT  dan ALLAH SWT menciptakan Bangsa 'Banul Jan .

Ibnu Abbas r.a mengatakan : ALLAH SWT menciptakan Jan dari nyalaan api beliau juga mengatakan Jan adalah golongan Jin lelaki mereka berbagai jenis warna dan bermacam ragam . Bangsa ini sagat sepeti manusia mereka suka makan minum dan berketurnan diantara mereka ada yang Muslim dan Kafir Nenek Moyang mereka adalah Azazil/Iblis diriwayatkan bahawa ALLAH SWT menjadikan langit untuk para Malaikat dan Bumi untuk Jin . Setelah binatang-binatang mengadukan perbuatan Jin dan Bin/Ban  kepada ALLAH SWT menciptakan Jan dar nyalaan api dan ALLAH SWT meletakan Jan di Bumi Kaum Jan berperang dengan Bin/Ban Jan terlalu kuat bagi Bin/Ban sehinga mereka tidak mampu mengalahkan Kaum Jan dan Kaum Bin/Ban dihancurkan Oleh Kaum Jan sehinga tidak ada Kaum Ban/Bin yang hidup . Seperi Jin dan Bin/Ban anatar Bangsa Jan ada juga yang berkhianat dan mendengki sehinga berlakunya peperangan dan pertumpahan darah sesama mereka atas kejadian ini Bumi pun mengadu pada ALLAH SWT maka ALLAH SWT menghantar bala tentera dari para Malaikat di dalamnya terdapat juga Azazil untuk membunuh bangsa Jan dari Bumi akibatnya Bangsa Jan mengundur ke Gunung Ganag dan menghuni disana .

Bangsa Nisnas"

Di kisahkan Bangsa Nisnas hidup diutara Bumi dekat dengan wilayah Kutub ais mereka memiliki tubuh bandan yang besar dan tubuh mereka setengah manusia dan setengah binatang ada yang bersaya seperti burung berbadan Kuda dan sebagainya diriwayatkan Bangsa Nisnas adalah Bangsa yang sangat Maju dengan kemampuan luar biasa akal dan pikiran mereka jauh melampaui batas manusia saat ini kelebihan lain mereka mempunyai kuasa telepati yang sangat hebat dikatakan bahawa teknologi mereka sangat maju lebih dari manusia saat ini mereka mampu menciptakan pesawat ,Peleburan logam-logam sehinga ke teknologi Nekuler namun mereka mengunakan kemampuan itu untuk menindas sesama mereka Kaum yang lemah ditindas dan dizalimi sehinga terjadi peperangan pertumpahan darah sesama mereka di sana sini sehinga Bumi hampir rosak . Ahirnya Tuhan memerintahkan Azazil bersama pasukan Malaikat untuk menghancurkan mereka namun tidak semua Bangsa Nisnas binasa di dalam serangan itu Sebahagian Bangsa Nisnas" berterbiaran di pelusuk-pelusuk Bumi dan membangunkan kembali Bangsa mereka sebahagian dari mereka yang berwujud seperti manusia setengah wujud seperti ikan melarikan diri ke tengah lautan yang sangat dalam mereka ini mahluk purbakala yang sering kita dengar sebagai ikan duyung merka membangunkan kembali peradababan mereka di bawah lautan yang dalam dengan kota-kota mereka sangat besar-besar dan teknologi yang sangat cangih malah lebih hebat lebih cangih dari teknologi mereka dahulu . Mereka yang wujud seperti manusia membangunkan peradaban dan kota yang sagat maju dan cangih yang kita kenal sebagai Kota Atlantis dan mereka yang wujud dalam bentuk setegah binatang membangunkan kota yang kita sebut hari ini Kota Lemuria . Di peradabab ke dua Bangsa Nisnas" mereka telah ada teknologi yang membolehkan mereka ke Galaksi mereka juga mampu menciptakan statelit-statelit pengintai .

Tetapi suasana damai tidak berpanjangan ahir terjadilah perang besar melibatkan sejanta-senjata yang Super Power dan cangih maka hancurlah sekali lagi peradaban Bangsa "Nisnas  . Diriwayatkan sebahagian Bangsa" Nisnas yang terselamat dalam peperangan ini melarikan diri ke Planet yang lain . Sesekali mereka datang ke Bumi bagi mengajarkan kepada Umat Manusia teknik dan teknologi cangih . Mereka lah yang mengajar bahasa dan tulisan heoriglif Piramid dan ilmu kedoktoran dan lain-lain lagi mereka juga menjadi dalang disebalik peperangan "Mahabrata ,Nazca Line,Peradabab Inca ,Cristall Skull,Vimanas dan merekalah Mahluk-Mahluk Purba Zaman dahulukala yang kini disebut sebagai Alien".

Dirwayatkan Juga Bangsa " Nisnas ini hidup bersampingan dengan Bangsa Jin iaitu Abu Jan , Banu Jan",Jan,Bin/Ban dan hidup bersampingan binatang Purbakala iaitu Dinousor .

Namun dari Kisah-kisah ini ada beberapa Kesamaan mungkin Bangsa " Nisnas mempunyai nama yang lain  dari Bangsa Jin keseluruhannya .

Mengikut Bukti-bukti dari Arkeologi menjumpai Fosil-fosil tulang-tulang dan barang2 purbakala yang menjadi bukti kukuh bahawa wujudnya mereka .

Bagi kita Umat Islam adalah menjadi rukun mempercayai perkara Ghaib dan Al-Quran ALLAH SWT ada Berfirman : Tidak dijadikan Jin dan Manusia selain dari Menyembah ALLAH SWT .

Kekuasaan ALLAH SWT lah segala-galanya .

Wallah Hu aklam

2 ulasan:

  1. Assalamua'laikum. penulisan yang mantap. adalah lebih baik jika dapat sertai dengan rujukan yang diambil agar penulisan ini dipercayai

    BalasPadam