Selasa, 20 Disember 2016

Bani al - Malayuwiyah Dari Keturunan Kaum Israel Yang Hilang



Di dalam Kitab Injil berkata "
bahawa Menjelang Ahir Zaman Kesemua Kaum dalam Buangan Suku Bani Israel yang hilang
akan bangun dan kembali semula Ke Israel .

Merujuk Kisahnya Nabi Allah Musa Ketika di kejar Firaun dan tenteranya . Nabi Allah Musa membawa bersamanya Kaum Israel seramai 12 Puak yang berjaya menyeberangi lautan Merah di atas Mukjizat Nabi Musa Kalamullah . Maka jadilah Nabi Musa dan 12 Kuamnya itu tidak mempunyai Negara atau Negeri maka Nabi Allah Musa berdoalah Ke hadrat Allah SWT agar memberi kepadanya dan kaumnya sebuah Negara atau Negeri mereka sendiri

Doa Nabi Allah Musa itu dimakbulkan Allah SWT menyuruh Nabi Musa dan 12 puak kaumnya itu menuju ke sebuah kota dan Allah SWT memerintahkan agar Nabi Musa dan 12 Puak kaumnya itu berjihad berperang dengan orang-orang di Kota itu yang pada masa itu menyembah berhala .

Berkatalah Nabi Musa Kepada 12 Puak Kaumnya itu "" Wahai Kaumku Allah SWT memerintahkan kepada kita agar berjihad berperang melawan orang-orang di kota itu Nescaya Allah SWT telah berjanji akan memberi kepada kita kemenangan dan kita akan memiliki Kota itu sebagai Negara kita yang baru .

Berkata kembali kaum Nabi Musa " Wahai Musa adakah engkau sudah hilang pikiran lihatlah manusia-manusia yang menghuni Kota itu mereka sangat kuat dan ganas Nescaya kita akan tewas jika kita berperang dengan mereka jika engkau mahu berperang engkau pergi sahaja berperang dengan Tuhan mu Kami akan tingal disini dan takkan ikut beperang .

Nabi Allah Musa sangat kecewa dan sedih terhadap kaumnya itu penuh rasa kesedihan dan malu kepada Allah SWT Nabi Musa kembali berdoa Kepada Allah SWT .

\'Wahai Tuhanku sesunguhnya Kaum ku tidak mahu beperang berjihad di Kota itu Maka apakah yang perlu aku lakukan (doa Nabi Musa)

Allah SWT berfirman :
Wahai Musa jika kamu tidak mahu masuk dan berjihad (perang ) di Kota itu Nescaya kamu dan 12 Puak Kaum Mu itu akan sesat dan Aku Allah SWT akan Mengharamkan Kota itu kepada kaum Mu selama 40 Tahun .

maka tersesatlah 12 Puak Kaum Nabi Musa A.s di Gurun selama 40 Tahun lamanya
di dalam 12 puak kaum musa itu  1 dari Puaknya mengambil keputusan untuk berpecah mencari haluan yang berbeza 1 Puak inilah yang telah berjalan dan Gurun sahara sehinga ke Benua Asia dan hidup secara Nomad (tidak tetap berpindah randah)

1 Puak dari Nabi Musa A.s terus berjalan maka berjumpa lah mereka Negara-Negara yang ada ketika itu mereka mencampuri penduduk tempatan disitu dan kebanyakan mereka berkahwin dengan penduduk tempatan dan melahirkan Anak-anak dan Cucu Cicit mereka .dan setegah dari Cucu -Cicit mereka merantau ke Negara-Negara yang lain yang ada pada masa itu mereka tingal di Negara itu mencampuri penduduk tempatan dan berkahwin dengan mereka sehinga mereka mendapat anak-anak dan cucu-cicit mereka

perkara ini berulang dan berulang perkhawinan Campuran kian berlaku dan berlaku mengikut sejarah percampuran ini adalah dari bangsa -bangsa seperti :

Mongolia ,India,Cina,Tibet dan Kaum-kaum lain yang ada pada masa itu

Hasil percampuran itu maka wujudlah satu Bangsa yang baru iaitu Bangsa (Melayu) pada masa itu nama Melayu masih belum Wujud .

Mereka membuka tanah-tanah baru dan membuka Negara baru dimana mereka menjadi Raja-Raja bagi setiap Negara-Negara yang mereka duduki .


Agama

Agama asal adalah Agama Samawi yang di ajar dan dibawa oleh Nabi Musa A.s setelah pecampuran demi pecampuran darah dan keturunan maka mereka menganuti Agama Hindu dimana Agama Hindu pada masa itu menjadi Agama utama Bangsa-bangsa yang ada ketika itu perkara ini di perkuatkan lagi dengan sejarah-sejarah Agama Hindu dan taklukan nya .


Mereka Menjadi Raja-Raja bagi Negara yang mereka terokai peradaban demi peradabpan dibina oleh Bangsa ini (Melayu) sehinga Sejarah mengatakan Peradapan Bangsa ini ialah Kota Atlantis yang telah hilang .


Raja-Raja kian menguasai banyak Negeri-Negeri pada ahirnya Negeri yang mereka sinonim dengan Nama Bunga-bunga seperti ,Bunga Kemboja,Sekebun Bunga dan lain-lain yang tercatat dalam sejarah

Masa demi Masa

Akibat perebutan kuasa dan Tahta keraplah terjadi peperang demi peperangan Negara yamh dahulunya satu kini berpecah dan menjadi Negara-Negara sendiri yang Di Rajai oleh mereka sendiri .

Tertubuhlah Sumatera dan Melaka ini lah Negara yang sangat Kuat ketika itu dari segi Ketenteraan dan Ketenteraan Maritim mereka menguasai lautan dan daratan .


Agama Islam

Di Tanah Arab berkuasalah Kerajaan Islam yang dipimpin melalui Khilafah sampailah Khilafah Rasiydin makan Saudagar-saudagar Arab berlabuhlah Kapal dagang mereka di Melaka bagi tujuan perniagaan Segelintir dari Saudagar Arab ini ada yang menetap di Melaka dan mencampuri penduduk tempatan dan berkahwin dengan mereka .

Agama Islam mula di sebarkan oleh Saudagar-Saudagar Arab ini sedikit demi sedikit di tambah pula datangnya para pendakwah dari Arab Agama Islam mula di kenali di Melaka

Agama Kristian 

Tidak kurang pula dengan Agama Kristian yang telah menapak di Melaka dan Sumatera Pendakwah Kristian memasuki Melaka dan segelintir dari penduduk Melaka memeluk Agama Kristian

Agama Islam sekian hari mendapat tempat di Melaka dan semakin banyaklah penduduk tempatan memeluk Islam termasuk Maharaja Melaka



Melaka dan Sumatera  

Sumatera dan Melaka pada asalnya di bawah pemerintahan satu Raja akibat perebutan Tahkta maka Melaka mempunyai Rajanya sendiri namun hubungan baik antara Melaka dan Sumatera tetap terjalin berikut masing-masing adalah dari satu Rumpun yang sama dari segi bahasa dan budaya .

Agama Islam Kian berkuasa di Arab maka menjadi kewajipan Khilafah Islam dimasa itu untuk menyebarkan Agama Islam Keseluruh penjuru dunia agar Agama Islam menjadi Agama Manusia sejagat dan mengembalikan Akidah Umat Manusia agar kembali kepala Tuhan Yang Satu Maha Esa iaitu ALLAH SWT


Pendakwah Islam Sultan Aulia Sykeh Mahyudin Abdul Qadir Jilaini dan Bangsa ini mendapat Nama Mala-U (melayu)

Agama Islam di pegang Oleh Payung Kekuasaan Seorang Alim Ulama yang sagat di segani dan di hormati kerana ketinggian Ilmunya iaitu Sykeh Muhyidin Abdul Qadir Jilaibi (Iraq) maka diutuskan kepada Melaka dan Sumatera akan Pendakwah Islam iaitu anak murid Sykeh Mahyudin Seramai 12 Orang Sebahgiannya Ke Sumatera dan Sebahagian lagi Ke Negara Yang Rajanya bernama Maharaja Durbar-Durbar yang beragama Hindu.

Sykeh Abdullah Al-Qumairi salah seorang Murid Sykeh Mahyudin Badul Qadir Jilaini yang di utuskan kepada Maharaja Durbar-durbar

Berdakwah lah Syekh Qumairi kepada rakyat jelata agar memeluk Agama Islam bertauhid kepada Tuhan Allah swt sepanjang dakwah Sykeh Qumairi maka mendapat tentangan yang hebat dari Maharaja Dur--durbar

sehingalah suatu hari atas kehendak ALLAH SWT jua Sykeh Qumairi mendatangi Maharaja dan terjadi suatu keajaiban di antara Sykeh Qumairi dan Maharaja Durba-durba

Kerana Keajaiban itu menyebabkan Maharaja Durbar ingin memiliki ke ajaiban itu lantas meminta kepada Sykeh Quamiri agar mengajarkan kepada Maharaja keajaiban itu .

Sykeh Qumairi Memberitahu tentag Islam dan Maharaja Durba pun memeluk Islam dan Sykeh Qumairi menjadi Guru Maharaja Durba dalam mengajarkan tentang Islam .

Setelah Maharaja memeluk Islam maka pembesar-pembesar Istana Juga turut ikut memeluk Agama Islam dan seluruh hambar rakyat turut sama memeluk Islam .

Maharaja pun diberi Nama yang baru iaitu Nama Islam Baginda iailah Sultan Muzzafar Shah 1.

Bagi mengembangkan Syiar Agama Islam Sykeh Abdullah Qumairi Mendirikan sebuah Masjid di puncak Gunung Jerai yang kini masih ada tingalan sejarah di Gunung Jerai dikenali dengan Makam Tok Sykeh Gunung Jerai . Ketika pembinaan sedang giat dijalankan Sykeh Abdullah Qumairi jatuh sakit dan Wafat . Sebelom beliau wafat beliau sempat berpesan berwasiat apabila Beliau Wafat agar dikuburkan Beliau berdekatan Mesjid yang sedang dibina itu di Gunung Jerai


PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD MALAYSIA 

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri bin Utsman (tokoh yang menghidupkan Silat Abjad),

pernah bercerita kepada murid-muridnya bahawa seorang wali Allah yang sangat terkenal iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani pernah menziarahi kubur Syeikh Abdullah al-Qumairi beberapa kali. Beliau juga pernah sembahyang di tempat tanah lapang di Gunung Jerai itu.
Kisah mengenai Syeikh Abdul Qadir al-Jilani pernah menziarahi kubur Syeikh Abdullah al-Qumairi itu dapat diterima akal kerana wali Allah tersebut wafat dalam tahun 561H/166M sedangkan Syeikh Abdullah al-Qumairi wafat dalam sekitar tidak berapa lama setelah kedatangannya di Kedah itu (531H/1136M atau 1137M).

Semasa hidupnya Sykeh Abdullah Qumairi beliau Memberi Gelaran bagi Negara itu  KEDAH DARUL AMAN iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)

dan Sykeh Abdullah Qumairi Juga memberi Nama baru kepada Bangsa yang baru memeluk Islam ini dengan Nama Al-Malayuwiyah  Al- Mala-U yang bermaksud di dalam Al-Quran bangsa yang berkembang-kembangan

Sejak dari itu bangsa yang berkulit sawo matang yang biasanya memakai Tengkolok kain sampin dan keris di sisip di pingan adalah Bangsa Al-Mala-U .


Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud (Silat Abjad) lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Di riwayatkan juga
Sykeh Mahyudin Abdul Qadir Jilaini pernah mendatangi Raja Sultan Muzzafar Syah 1 baginda Sykeh Mahyudin Abdul Qadir memberikan gelaran SULTAN kepada Raja Muzzafar Syah 1 Raja yang pertama mendapat gelaran Sultan di alam Melayu . Gelaran Sultan ini membawa maksud Baginda Raja Muzzafar Syah 1 adalah ketua bagi Agama Islam di dalam Alam Melayu atau Amirul Mukminin (ketua orang Islam)

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (Nota 7) bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :
 
 Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."


ZAMAN KEJATUHAN
Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang menjadikan umat manusia rata-rata :

a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),
b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,
c) berfahaman ajaran sesat,
d) salah faham terhadap agama,
e) pergaduhan antara kaum dan agama,
f) pengaruh isme yang membahayakan,
g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.
h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain

Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an

Selain itu, penjajah dipercayai telah banyak melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali. Yang ada pada kita sebenarnya banyak sejarah yang telah diubahsuai dan dipinda untuk mengelirukan kita.

Kini penjajah sudah mempunyai nama baru kepada kumpulan mereka iaitu 'Zionis' dan kuncu-kuncunya (tidak kira nama mereka samada Illuminati, Freemason, Priory, Opus Dei, Bilderberg, Black Nobility dsb dan dalam bentuk apa pun ianya muncul).

Mereka sebenarnya sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan mereka.

Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini (Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak - timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.

Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila penjajah melabelkan pahlawan Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll) sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.

Pelbagai cara kini dilakukan (termasuk menggunakan teknologi) untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam secara halus




KESINAMBUNGAN
 
Selepas era Tok Kenali, perjuangan memertabatkan "Melayu Islam" dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang





Penjajahan Kuasa Luar Di Tanah Melayu

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.

Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Ahirnya Negara Melayu Berjaya di Merdekakan hasil dari Kesatuan Parti UMNO di dalamnya mengandungi parti-parti bukan melayu seperti parti india MIC dan Parti Cina MCA bergabung bersama maka terbentuklah Kerajaan BARISAN NASIONAL  yang telah diperjuangkan oleh Orang-Orang Melayu dan bukan Melayu Tokoh Politik Seperti Tun Dato Onn Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Memainkan peranan yang sangat besar dalam Usaha ini /



Tun Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Bersatunya Tanah-tanah Melayu
Mengerakan Usaha Tunku pergi ke semua Negeri-Negeri Melayu seperti Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak,Melaka , Negeri 9 , Johor , Terenganu dan lain-lain termasuk Sabah Sarawak dan Singapura 

Tunku berjumpa dengan semua Raja-Raja Melayu agar satu gabungan segera dibentuk di atas persetujuan Raja-Raja Melayu pada masa itu telah hilang kuasa kerana di serang oleh penjajah asing . Maka satu revolusi Kemerdekaan di ataur bagi menghalau Bangsa Penjajah ini akan pulang kembali ke Negara Mereka

Tangal 1957 bulan Ogos Negara Melayu disatukan dan dimerdekakan secara menyeluruh kesemua Tanah-tanah Melayu Raja-Raja Melayu bertaktha semula dan di satukan 

Tanah Melayu mula diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional atas Kebangsaan dan Kewargaan Agama Islam adalah Agama utama Negeri ini di dalam kemajmukan Negara yang mempunya pelbagai Kaum dan Agama Nama Tanah Melayu di tukar kepada Negara Malaysia .

Negara Malaysia di tubuhkan didalamnya ada 15 Negeri Termasuk Singapore dimana pada ahirnya Singapore mahu kelaur dari Malaysia untuk mereka menubuhkan sendiri Republik Singapore.

Negara Malaysia di perintah oleh Kerajaan Barisan Nasional yang semakin hari semakin membangun dan menempah Nama Negara di Luar Negara mula mengenal akan Negara Malaysia ini antar perdana Menteri Malaysia ialah :

No . 1  : Tunku Abdul Abdul Rahman    1955 - 1970
Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein.
 
No.  2  : Tun Abdul Razak        1970 - 1976
Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Haji Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn.
 
No.  3  : Tun Husain Onn      1976 - 1981
Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
 
No.  4  : Tun Dr Mahadir Mohamad  1981 - 2003
Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Haji Abdul Ghaffar bin Baba, Dato' Seri Anwar bin Dato' Seri Haji Ibrahim dan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
 
No.  5  : Tun Abdullah Badawi       2003 - 2009
 Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Seri Haji Mohamed Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
 
No.  6  : Dato Sri Najip Tun Razak  2009 - 2016
Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi.
 
 
Dato Sri Najib Bin Tun Razak  2016
 
Terpalit dengan Isu Penyelewengan Wang sebanyak 2.6 Billion dan Scandal 1MDB sebuah syarikat milik kerajaan yang menyeleweng jumlah besar  Wang milik 1MDB hilang . Scandal ini di laporkan oleh WSJ sebuah Media yang bertapak di Negeri Sarawak (Sarawak Report )

Pertama Kalinya Negara Malaysia di kenakan Cukai Kerajaan yang pukul rata sebanyak 6%

Deklarasi rakyat melihat Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Mahyudin di pecat dari Jawatan Timbalan Perdana Menter
 
Dato Muhkriz Bin Tun Mahadir di Pecat dari jawatan Menteri besar Kedah
 
Dato Shafie Afdal Sabah di Pecat dari Angota Kabinet

Tun Dr Mahadir Keluar dari Parti UMNO dan berkerjasama dengan Parti Pembangkang Parti ADIL,DAP,PAS,AMANAH dikenali sebagai Pakatan Harapan

Tertubuhnya Parti Politik BERSATU yang digerakan Oleh timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahadir Mohamad bersama Dato Sri Mahyudin Yasin, dan Dato Sri Mukriz Bin Tun Mahadir Mohamad
turut di sertai oleh ahli-ahli UMNO yang keluar dari Parti UMNO

Sabah tertubuhnya Parti Politik Sabah yang dikenali dengan Parti Warisan Sabah di terajui oleh Data Shafie Afdal


Kemana Seterusnya Negara Tercinta Malaysia , apakah Bani Al-Malayuwiyah ini akan bangun dan memulakan Era AL-MALAYUWIYAH Melayu Baru .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan